Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan tropika (pokok dgn buahnya), yg isi buahnya berwarna kuning atau jingga dan sedap dimakan, papaya; ~ belulang = ~ bubur = ~ rambai sj betik, Carica spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betik I

Puisi
 

Betik manis buah papaya,
     Manis tidak dapat kulupa;
Riuh rendah sorak ketawa,
     Saya seorang berdukacita.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Selangkas betik berbuah.

Bermaksud :

Waktu yang singkat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aperientjulapHerbaPemiawaianHerba yang mempunyai tindakan melawas. Contohnya, daun betik (Carica papaya) dan lidah buaya (Aloe vera).
stomachicstomakikHerbaTiadaHerba yang memperkuat dan memulihkan otot perut. Contoh herba ini ialah betik, cengkih, ginseng, selasih, jintan, saderi, buah pic dan lobak.
appetizerpembuka seleraHerbaPemiawaianHerba yang dapat merangsang atau meningkatkan selera. Contohnya, ulam-ulaman seperti pucuk gajus (Anacardium occidentale), daun betik (Carica papaya), pegaga (Centella asiatica) dan daun mengkudu (Morinda citrifolia).
beta carotenebeta karotenaHerbaPemiawaianPigmen berwarna jingga yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, seperti lobak merah dan betik yang kaya dengan vitamin A. Contoh herba yang mengandungi beta karotena yang tinggi ialah ekstrak daun murungai (Moringa oleifera).
anti-inflammatoryantikeradanganHerbaTiadaHerba yang mengurangkan keradangan di dalam tubuh tanpa bertindak secara langsung pada penyebab keradangan. Contoh herba ini ialah cikori, kayu putih, halia, kunyit, betik, kranberi, bunga elder, adas, akar manis, letup-letup, pepermin, kulit kayu pain, rubarb, daun rosemary, kesumba, keladi liar, feverfew dan witch hazel.
infosuriainfosuriaPerikananAkuakulturSejenis zooplankton yang sangat halus dan seni yang terdapat di dalam air tawar. Saiz infosuria yang kecil membuatkannya sesuai untuk dijadikan sebagai makanan anak ikan yang baru menetas dengan saiz pembukaan mulut anak ikan yang kecil seperti anak ikan ketutu. Infosuria diperlukan untuk pembentukan dan memenuhi keperluan nutrisi anak ikan. Infosuria boleh dihasilkan dengan merendam bahan tumbuhan seperti kulit betik atau kubis di dalam bekas berair sehingga mereput. Infosuria juga boleh dilihat dengan mata kasar sebagai benda asing atau serbuk berwarna putih yang berenang secara putaran di atas permukaan air pada waktu pagi.

Kembali ke atas