Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ting] | بتيڠ

Definisi : timbunan pasir yg besar dan panjang di muara (di laut dll): ~ ini menjadi halangan kpd pelayaran di sungai;berbeting mempunyai beting: muara sungai itu ~;membeting merupakan beting;terbeting terdampar di beting. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ting] | بتيڠ

Definisi : timbunan pasir atau lumpur yg panjang di kuala sungai atau di laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beting

Puisi
 

Nampak beting jauhnya pelik,
     Nampak perahu pergi balik;
Sungguh biring jatuh tergolek,
     Undur-undur dia terkam balik.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paternoster laketasik tasbihGeografiTiadaSatu siri tasik pada lurah glasier yang disekat di belakang moren atau lembangan batuan dan tertutup pada bahagian rendah oleh beting-beting batuan.
offshore barbeting luar pantaiPerikananTiadaTimbunan pasir yang terbentuk di luar pesisiran pantai. Beting ini biasanya panjang dan sempit. Arus yang melanda, menghasilkan timbunan pasir yang menyebabkan air di kawasan beting tersebut menjadi semakin cetek.
sand barbeting pasirSains MarinTiadaRabung pasir atau sedimen kasar yang tenggelam atau separa tenggelam yang terbina oleh arus dan gelombang luar pantai. Beting pasir juga dikenali sebagai beting pasir luar pesisir pantai.
sand barbeting pasirGeologiTiadaBeting atau permatang pasir yang rendah, yang menyempadani pesisir dan terbina hampir dengan permukaan air oleh arus atau tindakan gelombang.
bay barbeting telukGeografiTiadaBeting pasir, kelikir atau lumpur yang menyambung dua buah tanjung merentasi mulut sebuah teluk.
cuspate barbeting juringGeologiTiadaBeting sabit yang bercantum dengan pesisir di kedua-dua hujungnya.
looped barbeting bergelungGeografiTiadaSejenis beting pasir yang berbentuk bergelung.
barbatang; palang; betingPertanianTiada3. Beting: Benteng pasir atau kelikir, sama ada terdedah atau tenggelam, yang terbina di dasar laut, tasik atau sungai oleh gelombang atau arus air.,4. Bar: Unit tekanan bersamaan dengan 1 millon dyne/sm2 atau 100 kilopaskal.
mid bay barbeting tengah telukGeografiTiadaBeting pasir yang terbentuk di tengah sebuah teluk.
channel-mouth barbeting muara-alurGeologiTiadaBeting yang terbina di tempat sungai memasuki jasad air tergenang, terhasil oleh penurunan halaju arus sungai.
12345678910...

Kembali ke atas