Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. besar: buluh ~; katak ~; 2. = buluh ~ sj buluh yg besar, Dendrocalamus asper; rumput ~ sj tumbuhan (rumput bergetah), rumput getah (jernang, tawar, udang), Daemonorhops didymophyllus; tebu ~ sj tebu besar; ~ ditanam aur tumbuh prb diharapkan yg baik, kiranya dapat yg buruk; ~ bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang prb orang (anak bujang atau orang dagang) yg bebas dan tidak ada ikatan apa-apa; bagai membelah ~ = memijakkan ~ sebelah prb tidak adil atau berat sebelah (bkn pendirian dll); bereda (berteduh) di bawah ~ prb pertolongan yg tidak memadai;membetung membuat atau membubuh paip utk saluran air (najis dll); pembetungan 1. kerja-kerja membetung; 2. sistem penyaliran najis, air kumbahan dsb ke loji pemprosesannya melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah: Kerajaan Pusat memutuskan utk menswastakan perkhidmatan sistem ~ di seluruh negara;pembetung 1. sesuatu yg berbentuk panjang, bulat dan berongga di dalamnya spt buluh utk menyalurkan air dsb: bulat air kerana ~, bulat kata kerana muafakat; 2. saluran atau parit drpd konkrit dll bawah tanah yg merentasi jalan raya atau landasan kereta api: masalah kekurangan ~ dikenal pasti sbg punca banjir di landasan kereta api itu setiap kali hujan lebat; 3. saluran paip bawah tanah utk menyalirkan najis, kumbahan dsb ke loji pemprosesan dsb: mereka perlu menanggung kos membaiki ~ najis yg tersumbat itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; membetung membubuh paip utk membuat saluran air, najis dll. pembetungan 1 perbuatan atau kerja-kerja membetung. 2 sistem penyaliran najis, air kumbahan dsb ke loji pemprosesan melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah: Sistem ~ telah diswastakan. pembentung 1 sesuatu yg berbentuk bulat, panjang dan berongga di dalamnya (spt bentuk buluh) utk menyalurkan air dsb. 2 saluran paip utk menyalirkan najis, air kumbahan dsb ke loji pemprosesan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betung I

Puisi
 

Tetak tebu betung,
     Sandar pokokinai;
Selawat gajah Tuk Dong,
     Saya nampak Tuk Nai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Memijakkan betung sebelah.

Bermaksud :

Pendidikan yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai membelah betung).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
house sewerbetung rumahKejuruteraanKejuruteraan BangunanPaip bawah tanah yang kedap air yang disambungkan dari bahagian luar dinding ke betung awam.
lampholelubang lampuKejuruteraanTiadaSebuah syaf kecil yang tegak, pada betung, untuk membolehkan lampu dapat diturunkan ke dalam betung itu dengan menggunakan seutas tali.
outfallbetung alur keluarPerhutananTiadaTitip tempat air mengalir keluar daripada pembentung atau parit.
outfallbetung alur keluarPerhutananPengurusan HutanTitip tempat air mengalir keluar daripada pembentung atau parit.
main sewerbetung utamaKejuruteraanTiadaTiada
storm sewerbetung ributKejuruteraanTiadaRangkaian paip bawah tanah yang direka bentuk untuk mengalirkan air hujan yang berlebihan.
bull geargear betungSukanTiadaRoda penggerak yang mempunyai gigi gear.
bull ropetali betungSukanTiadaTali untuk mengikat benda yang bergerak.
egg-shaped sewerbetung tetelurKejuruteraanTiadaTiada
pneumatic sewer ejectorejektor betung pneumatikKejuruteraanTiadaPam sesaran untuk kumbahan, yang beroperasi menggunakan udara termampat.
12

Kembali ke atas