Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bias] | بياس

Definisi : membelok dr arah asal (hujan dihembus angin, perahu ditempuh badai, sinar cahaya dlm air, dll): dgn takdir Allah Taala, angin besar pun turun, maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pun ~ ke Brunei; membiaskan membelokkan arah, menyebabkan arah membelok dr asal; terbias terbelok dr arah asal: gelombang haba ~ dan berbalik spt gelombang cahaya; biasan 1. penyimpangan dr arah asal (spt hujan dihembus angin, sinar cahaya dlm air, dll): apabila cahaya itu melintas drpd satu perantaraan yg hening kpd yg lain, fenomena ini dinamai ~; 2. bayangan perasaan: ~ wajah ceria anak-anak itu jelas menggambarkan rasa riang di hati kecil mereka; pembiasan perihal (proses atau perbuatan) membias atau membiaskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bias] | بياس

Definisi : , = membias menyimpang atau membelok dr arah yg semula (spt hujan ditiup angin); bertukar arah kerana sesuatu sebab: Oleh sebab angin terlalu kencang, air hujan pun ~ ke dlm rumah. membiaskan menjadikan hala atau arahnya menyimpang dr yg asal; membelokkan arah atau hala. terbias terpesong atau terbelok dr arah yg semula. biasan gerakan yg membias; sesuatu yg terbias. pembiasan penyimpangan arah atau hala oleh suatu sebab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bias


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
labour-saving biasbias penjimatan buruhEkonomiTiadaProses pembangunan ekonomi yang cenderung menggunakan lebih banyak modal daripada buruh. Proses ini selalunya berpunca daripada penggunaan teknik penjimatan buruh yang diimport dari negara maju.
biaspincangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPerihal pengutuban yang dikenakan pada diod sama ada ke arah hadapan atau songsang.
bias crimejenayah berat sebelahKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah kebencian yang dilakukan terhadap seseorang atau sekumpulan individu disebabkan oleh ciri-ciri tertentu yang dimiliki oleh mangsa seperti jantina, etnik, agama dan budaya. Jenayah ini bertujuan untuk mendiskriminasi, meminggirkan atau menghina mangsa.
urban biascenderung bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu keadaan atau kecenderungan memusatkan sebahagian besar sumber yang ada untuk pembangunan di kawasan bandar.
anisometropiaanisometropiaSains KesihatanTiadaRalat bias mata kanan yang berbeza dengan mata kiri.
fairnesskeadilanPendidikanTiadaPerbezaan dari segi bangsa, etnik, jantina dan kebolehan yang tidak memberi kesan bias kepada keputusan instrumen atau prosedur ujian.
non-discriminationtak diskriminasiPendidikanTiadaBukti tentang perbezaan bangsa, etnik, jantina atau kebolehan yang tidak memberi bias kepada keputusan instrumen atau tata-cara pentaksiran.
Snell’s lawhukum SnellTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikFormula yang menerangkan hubungan antara sudut tuju dan sudut bias apabila gelombang melepasi sempadan antara dua media yang berlainan seperti air, keluli dan aluminium. Formula hukum Snell boleh diterangkan seperti yang berikut: C1/sinθi = C2/sinθt = C1/sinθr, Dengan C1 ialah halaju gelombang tuju dalam media 1 dan C2 halaju gelombang biasan dalam media 2. Manakala θi, dan θr masing-masing ialah sudut tuju, sudut biasan, dan sudut balikan. Sinonim sudut biasan, sudut pantulan, sudut tuju.
attenuated totol reflectancepantulan keseluruhan dikecilkanKimiaKimia AnalisisKaedah analisis spektrofotometri yang berasaskan pantulan tenaga pada antara muka dua bahantara dengan indeks bias yang berlainan; kedua-dua bahantara ini dalam keadaan sentuhan optik antara satu sama lain.
refracted wavegelombang terbiasTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikGelombang yang merambat dari suatu media ke suatu media yang lain dengan halaju dan arah yang berbeza dari gelombang tuju. Jika sudut tuju bukannya 90O gelombang akan terbias ke dalam media berikutnya. Kaitan antara sudut tuju, sudut pantulan, sudut bias dengan halaju gelombang adalah seperti yang berikut: sinθi/vi = sinθs/vs = sinθp/vp. Pantulan dan pembiasan gelombang pada sempadan dua media.

Kembali ke atas