bibliographic unit | unit bibliografi | Perpustakaan | Tiada | 1. Sebarang dokumen atau sebahagian daripadanya, yang membentuk bibliografi keseluruhan.,2. Individu yang turut bekerja dalam satu kumpulan yang berhubung dengan kerja penyusunan bibliografi. |
bibliographical note | catatan bibliografi | Perpustakaan | Tiada | 1. Nota, biasanya nota kaki yang mengandungi rujukan sesuatu karya.,2. Nota di dalam katalog atau bibliografi yang berkaitan dengan sejarah bibliografi, atau memerikan sebuah buku. |
bibliography note | catatan bibliografi | Perpustakaan | Tiada | 1. Nota, biasanya nota kaki yang mengandungi rujukan kepada sesuatu karya.,2. Nota di dalam katalog atau bibliografi yang berkaitan dengan sejarah bibliografi, atau memerikan sesebuah buku. |
bibliography | bibliografi | Perpustakaan | Tiada | 1. Perbuatan merekodkan dan memerikan buku dengan betul berhubung dengan pengarang, edisi, bentuk fizikal dan sebagainya.,2. Senarai buku atau dokumen mengikut bidang, yang berfungsi sebagai panduan kepada penulis mencari bahan.,3. Senarai yang berkaitan dengan kajian buku-buku sebagai objek fizikalnya yang terdapat pada bahagian akhir sesuatu makalah atau tesis, menandakan bahan-bahan tersebut dijadikan bahan rujukan oleh penyelidik, penulis atau pelajar. |
bibliographic processing | pemprosesan bibliografi | Perpustakaan | Tiada | 1. Kerja rutin seperti mengecap, melabel, memberi nombor, dan sebagainya.,2. Penyediaan entri-entri indeks daripada buku, makalah jurnal atau butiran lain tentang maklumat, secara manual atau melalui sistem elektronik.,3. Tugas yang berkaitan dengan deskripsi, penyusunan dan pemuliharaan bahan-bahan arkib yang diusahakan untuk memudahkan penggunaan dokumen. |
bibliotheca | biblioteka | Perpustakaan | Tiada | 1. Sebuah perpustakaan.,2. Katalog ahli bibliografi. |
annotation | anotasi | Perpustakaan | Tiada | 1. Nota yang ditambah pada entri di dalam katalog, senarai bacaan atau bibliografi untuk menjelaskan, menilai dan memerikan subjek, kandungan buku, dan kadangkala memberi butiran tentang pengarang. 2. Proses membuat nota sedemikian. |
closed entry | entri lengkap | Perpustakaan | Tiada | 1. Entri katalog bagi penerbitan bersiri atau karya dalam beberapa jilid yang mengandungi maklumat bibliografi lengkap yang butiran terperinci bibliografinya dirakam di dalam Entri Terbuka setelah perpustakaan menerima set lengkap.,2. Entri katalog yang tidak meninggalkan ruang kosong di dalam badan entri atau dalam koleksi supaya butiran tambahan koleksi boleh dirakamkan kemudian. |
collection | koleksi/kumpulan; pungutan/kutipan; pemungutan; pengumpulan | Perpustakaan | Tiada | 1. Koleksi: Beberapa buah buku atau bahan lain tentang sesuatu subjek yang dikumpulkan oleh individu atau organisasi.,2. Dalam aspek bibliografi, karya-karya yang terkumpul di bawah suatu subjek.,3. Seorang penulis yang menghasilkan tiga atau lebih karya bebas yang diterbitkan dalam satu penerbitan. |
coden | koden | Perpustakaan | Tiada | 1. Pengelasan kod yang diberikan pada dokumen atau bahan perpustakaan lain yang terdiri daripada 4 huruf besar dan diikuti oleh dua kumpulan yang terdiri daripada angka-angka Arab yang dibubuh sempang, atau dua angka Arab yang diikuti oleh dua huruf besar, atau beberapa kombinasi yang serupa.,2. Kombinasi beberapa huruf, angka, dan simbol yang diberikan sebagai hasil penerapan peraturan pengekodan dalam usaha menghasilkan petikan bibliografi. |