Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.dai] | بيداي

Definisi : 1. sj tirai yg dibuat drpd bilah (buluh, rotan, dll) yg dijalin (kerai, terai, belat, dll); 2. bilah (buluh dll) utk membandut tangan yg patah dll; berbidai-bidai bergaris panjang-panjang yg selari; membidai 1. memasang bidai (pd rumah dll); 2. membandut dgn bidai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.dai] | بيداي

Definisi : Id tempat berhenti dlm permainan (kasti dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.dai] | بيداي

Definisi : sj tirai yg dibuat drpd bilah buluh atau rotan yg dijalin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bidai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blindbidaiKesenianHiasan DalamanSejenis penutup ruang bukaan seperti tingkap dan koridor. Sebagaimana langsir, bidai berfungsi untuk mengawal cahaya, suhu, bunyi dan penglihatan dalam sesuatu ruang. Bidai diperbuat daripada kepingan kayu, buluh, plastik, fabrik atau logam. Bidai berfungsi secara menegak atau melintang dengan menggerakkannya secara manual dan automatik. Bidai melintang diperbuat daripada kepingan bahan yang lebih kecil, yang disusun secara melintang berbanding bidai menegak yang menggunakan kepingan bahan yang lebih lebar, yang disusun secara menegak.
bamboo bundle knittingkait berkas buluhBuluhTiadaKaedah yang digunakan untuk menyirat bilah-bilah buluh agar bersambung untuk menghasilkan bidai, sekatan dan sebagainya.

Kembali ke atas