Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.da.ra] | بيدارا

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Zizyphus jujuba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.da.ra] | بيدارا

Definisi : nama sj pohon atau buahnya (buahnya seakan-akan buah mata kucing dan dpt dimakan), Zizyphus jujuba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bidara

Puisi
 

Pucuk tumbuh bidara tumbuh,
     Tumbuh-tumbuh jadi di darat;
Adik sungguh abang pun sungguh,
     Kalau sudi berkirim surat.


Lihat selanjutnya...(12)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Zyziphus jujubabidaraHerbaBotani dan BioteknologiPokok kecil dalam famili Rhamnaceae. Tumbuhan ini berasal dari China dan telah tersebar luas di seluruh dunia. Bidara ditanam untuk mendapatkan buahnya dan untuk tujuan perubatan. Batangnya berkayu keras dan liat, dan dahannya berduri tajam. Daunnya berbentuk elips, bahagian atas daun berbulu lembut dan padat, warna daunnya hijau kekuning-kuningan. Jambak bunga jenis sima keluar dari celah daun. Bunganya kecil berwarna putih kehijau-hijauan. Buah jenis drup, berwarna merah atau jingga, berbentuk bulat atau lonjong. Akar dan batang digunakan untuk mencuci kudis dan luka. Air rebusan akar diminum untuk merawat demam, gout dan sakit sendi. Daunnya digunakan untuk merawat luka, bisul dan ketuat. Daunnya juga digunakan dalam campuran air mandian mayat dan merawat gangguan jin. Buahnya boleh dimakan mentah dan dibuat jeruk.
expectorantekspektoranHerbaTiadaHerba yang membantu penyingkiran lendir dari paru-paru, hidung dan tekak. Herba ini digunakan dalam sediaan ubat batuk. Contoh herba ini ialah biji adas manis, akar manis, bawang putih, cabai ekor atau kemungkus, bidara, komkoma dan halba.
sedativepenenang/sedatifHerbaTiadaHerba yang memperlahankan fungsi tubuh. Penenang bertindak pada sistem saraf pusat yang memberikan kesan tenang, santai, mengurangkan kegelisahan, mengantuk, pernafasan perlahan, sebutan tidak jelas, terhuyung-hayang, lemah fikiran dan refleks tidak menentu. Pada dos tinggi, sedatif boleh menyebabkan ketidaksedaran dan kematian. Contoh herba ini ialah lengkuas, kecubung, cabai pintal, komkoma dan bidara/pedara.

Kembali ke atas