Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.jan] | بيجن

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok yg buahnya mengandungi minyak), ginjili, lenga, til, Sesamum orientale; 2. biji kecil berwarna keputih-putihan drpd pokok bijan yg digunakan sbg bahan makanan dan juga menghasilkan minyak utk masakan dsb: minyak ~; minyak ~ minyak lenga; menaburkan ~ ke tasik tiada akan tumbuh prb perbuatan yg sia-sia;berbijan mengandungi bijan: biskut ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.jan] | بيجن

Definisi : nama sj pohon atau buahnya (dlm buahnya terdapat banyak minyak), Sesamum orientale. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bijan

Peribahasa

Tabur bijan ke tasik.

Bermaksud :

Membuang-buang wang, waktu dan tenaga dengan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menabur bijan ke tasik).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
seedbijiHerbaTiadaOrgan pembiakan tumbuhan yang terhasil daripada ovul yang telah tersenyawa dan mengandungi embrio, makanan tersimpan dan kulit pelindung. Biji utuh dalam bentuk kering atau segar biasanya digunakan sebagai bahan mentah herba selepas dikisar atau diserbukkan. Contohnya, biji bijan, biji habatussauda, biji kopi dan biji popi (kaskas). Biji yang halus digunakan tanpa perlu dikisar. Contohnya, biji selasih.

Kembali ke atas