Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian keras biasanya di tengah-tengah buah: ~ durian; ~ rambutan; 2. buah yg kecil-kecil: ~ padi; ~ kacang; 3. = ~ kemaluan Id buah pelir; 4. bp kelentit; 5. penjodoh bilangan (bagi benda kecil dll): beri aku beberapa ~ drpd buah itu; 6. Id markah: murid itu mendapat ~ yg tinggi utk hitungan; ~ benih biji yg dijadikan benih; ~ berkepak biji yg mempunyai kepak atau sayap; ~ buah a) isi buah yg dapat ditanam; b) = ~ butir (percakapan, perbualan) isi percakapan; ~ mata a) bulatan mata; b) ki kekasih; ~ minyak biji yg mengandungi minyak; ~ timun sj ukiran, sj garis-garis pd mata pisau (keris); bagai meramas ~ cempedak prb sungguhsungguh utk mengalahkan (seseorang) atau menghadapi orang yg pandai berdolak-dalik; menanam ~ atas batu prb sia-sia memberi nasihat kpd orang yg tidak mempedulikannya; tertanam di ~ hampa prb yg ditanam bukan biji yg bernas (usaha yg tidak akan berhasil); sebiji bp betul-betul spt: filem itu ~ macam filem Mr. Os; berbiji mempunyai biji (bkn buah): buah gajus ~ di luar; berbiji-biji 1. mempunyai banyak biji (bkn buah): jambu batu ~ kecil; 2. spt ada biji: dia berasa tengkuknya ~; membiji Id memberi markah; biji-bijian segala buah yg berbutir kecil-kecil (spt padi, gandum, jagung, kacang, dll), padipadian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kait putih, kait-kait, Roucheria griffithiana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ durian sj ikan laut, Osphronemus spp., Sphaerichthys spp.; ~ nangka sj ikan laut, Upeneus spp., Parupaneus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian buah (biasanya keras) yg dpt tumbuh apabila ditanam: ~ durian; ~ rambutan. 2 buah yg kecil-kecil dan berbutir: ~ padi. 3 penjodoh bilangan utk benda yg kecil-kecil, buah-buahan, pinggan mangkuk dll: Semalam, saya membeli tiga ~ cawan. berbiji 1 mempunyai biji. 2 spt ada biji; terasa keras spt biji: Dipegangnya bahagian lengannya yg ~ itu. berbiji-biji terasa keras spt biji yg banyak: Bahagian belakangnya ~ selepas digigit serangga itu. biji-bijian segala buah yg berbutir kecil-kecil spt padi, gandum, jagung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biji

Puisi
 

Banyak biji buah nangkaku,
     Intan permata jatuh di lubang;
Dendam rindu sebut namaku,
     Air mata jangan dibuang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Bagai meramas biji cempedak.

Bermaksud :

Menghadapi orang yang pandai berdolak-dalik.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
graininesskebijianTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSaiz biji-biji emulsi yang terdapat atas permukaan filem, yang berfungsi untuk menentukan klasifikasi filem tersebut. Contohnya, filem laju mempunyai kebijian emulsi yang kasar dan memerlukan masa dedahan yang pendek, tetapi memberikan kualiti imej sederhana. Filem perlahan pula mempunyai kebijian emulsi yang halus serta memerlukan masa dedahan yang agak panjang, tetapi memberikan kualiti imej yang tinggi.
seedbijiHerbaTiadaOrgan pembiakan tumbuhan yang terhasil daripada ovul yang telah tersenyawa dan mengandungi embrio, makanan tersimpan dan kulit pelindung. Biji utuh dalam bentuk kering atau segar biasanya digunakan sebagai bahan mentah herba selepas dikisar atau diserbukkan. Contohnya, biji bijan, biji habatussauda, biji kopi dan biji popi (kaskas). Biji yang halus digunakan tanpa perlu dikisar. Contohnya, biji selasih.
flaxseed orebijih biji peluruKejuruteraanTiadaTiada
flaxseed orebijih biji beluruGeologiTiadaMendapan endapan yang mengandung besi, misalnya bijih clinton, terdiri daripada oolit hematit berupa bentuk cakera yang telah agak terpipih selari dengan satah pelapisan.
herbsherbaHerbaTiadaBahan yang mencakupi bahan herba mentah seperti daun, bunga, buah, biji, batang, kayu, kulit kayu, akar, rizom, atau bahagian asal yang lain, berfragmen, atau serbuk. Herba mencakupi keseluruhan tumbuhan yang berguna dalam perubatan, perisa, pewarna, wangian dan lain-lain. Contohnya, tongkat ali, kacip fatimah, misai kucing, pandan dan kunyit.
defatted soybean mealtepung soya nyahminyakPerikananAkuakulturBahan sampingan atau hampas yang diperoleh selepas biji kacang soya diekstrak untuk penghasilan minyak. Tepung soya nyahminyak digunakan sebagai sumber protein tumbuhan dalam penyediaan makanan rumusan ikan. Kandungan proteinnya adalah antara 44% – 48%.
morphological classificationpengelasan morfologiHerbaTiadaPengelasan herba yang dibahagikan mengikut kumpulan seperti daun, bunga, buah, biji, keseluruhan tumbuhan, kayu, kulit kayu, rizom, akar, lateks, ekstrak, gam, resin, minyak, lemak dan lilin. Pendekatan pengelasan berdasarkan kumpulan ini mempunyai kelebihan untuk kajian herba. Contohnya, pengenalpastian serbuk herba, lazimnya berasaskan ciri mikromorfologi.
medicinal planttumbuhan ubatanHerbaPemiawaianSebarang tumbuhan yang keseluruhan bahagian atau sebahagiannya, iaitu akar, daun, biji, batang atau bunga yang digunakan untuk tujuan perubatan.
conjunctivakonjunktivaKejururawatanTiadaMembran mukus lut sinar yang mengalas permukaan dalam kelopak mata dan bahagian depan biji mata yang terdedah.
xylosexilosaHerbaTiadaFormula C5H10O5. Gula pentosa aldosa yang terdapat dalam kebanyakan tumbuhan berkayu seperti dalam lalang, tebu dan serat biji yang berguna dalam pemanis bukan nutritif. Xilosa dikenali juga sebagai gula kayu.
123

Kembali ke atas