wheat | gandum | Veterinar | Tiada | Sejenis bijirin yang menjadi makanan utama manusia. Bijirin ini mengandungi 82% endosperma, 15% dedak dan 3% germa. Semasa pengilangan, dedak dan germa dipisahkan untuk menghasilkan tepung. Dalam keadaan biasa, pengilangan akan menghasilkan 74% tepung dan 26% residu yang merupakan bahan sampingan. Walau bagaimanapun, terdapat juga varieti gandum yang khusus sebagai makanan ternakan. Bijirin ini biasanya mengandungi 10-12% protein kasar, 1.9-2.2% serabut kasar, 1.6-1.9% lemak dan 1.7% abu. Kandungan tenaganya pula ialah 13-16 MJ/kg. Nama saintifik: Triticum aestivum. |
cereal food | makanan bijirin | Geografi | Tiada | Bijirin yang digunakan sebagai makanan asas manusia di sebuah kawasan seperti gandum, barli dsb.nya. |
bran (cereals) | dedak (bijirin) | Pertanian | Agronomi | Kulit luar bijirin seperti padi dan gandum yang diasingkan daripada butiran beras atau gandum dalam proses pengilangan. Kulit ini mengandungi 20 peratus selulosa yang boleh dijadikan sumber fiber dalam makanan. Dedak juga kaya kandungan kanji, protein, vitamin dan mineral yang digunakan sebagai makanan ternakan. |
cereal bowl | mangkuk bijirin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Mangkuk untuk makanan bijirin. |
hull | kulit bijirin | Veterinar | Tiada | Bahagian paling luar pada biji-bijian dan bijirin seperti padi, kacang soya, gandum dan sebagainya. Ia terdiri daripada kandungan selulosa, silika dan oksalat. Bahan ini tidak begitu sesuai untuk dijadikan sebagai sumber makanan ternakan. |
grain beetle | kumbang bijirin | Biologi | Entomologi | Kumbang kecil yang hidup di dalam bijirin, seperti padi, gandum, dan buah-buahan kering, dan menjadi perosak utama tanaman berkenaan di seluruh dunia. |
cereal by-product | hasil sampingan bijirin | Veterinar | Tiada | Bahan-bahan sampingan yang diperoleh daripada proses pengisaran bijirin. Contohnya, dedak dan sekam yang terhasil daripada pemprosesan padi. Pengisaran gandum pula menghasilkan dedak gandum, polard gandum dan mil germa gandum. Bahan-bahan ini digunakan sebagai sumber tenaga sebanyak 12-14 MJ/kg dan sumber protein sebanyak 8-9% dalam pemformulasian makanan. Bahan ini sesuai untuk makanan semua jenis ternakan. |
cereal | bijirin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Sebarang bijian yang digunakan sebagai makanan seperti gandum, oat, beras dan sebagainya.,2. Makanan daripada bijian seperti bijirin sarapan, emping oat dan lain-lain. |
cereal | bijirin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Sebarang bijian yang digunakan sebagai makanan seperti gandum, oat, beras dan sebagainya.,2. Makanan daripada bijian seperti bijirin sarapan, emping oat dan lain-lain. |
Cereal | Bijirin | Pertanian | Agronomi | Jenis biji daripada famili Poaceae atau rumput yang boleh dimakan seperti padi, gandum, barli, oat, sekoi dan jagung. Bijirin menjadi makanan asas yang mengandungi karbohidrat untuk memberi tenaga kepada manusia dan ternakan. |