bill of adventure | bil dagang kembara | Undang-undang | Tiada | Bil yang dibuat untuk mengirim barang-barang dengan kapal ke luar negeri, atas risiko pemunya, dalam jagaan pemunya kapal atau yang akan menjualnya dengan harga seberapa tinggi yang mungkin. |
kafalah bil taslim | jaminan serahan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jaminan oleh penjamin terhadap serahan barangan oleh pembekal. Contohnya, penjamin memberi jaminan bahawa penjual akan menyerahkan produk kepada pembeli. Sinonim kafalah bil ‘ain. |
Islamic accepted bill-imports (IAB-Imports) | bil boleh terima Islam-import | Ekonomi | Ekonomi Islam | Dokumen arahan oleh pengimport kepada bank supaya membayar sejumlah wang kepada pihak ketiga (bank pengeksport) bagi tujuan pembelian barang import. Mekanisme yang terlibat dalam penerbitan dan penyelesaian bil ini adalah seperti yang berikut: i. Pengimport membuat arahan kepada bank untuk membeli barang import daripada pihak ketiga. ii. Bank menerima arahan dan membeli barangan daripada pihak ketiga dan membayarnya sekali gus. iii. Bank menjual semula barang berkenaan kepada pengimport pada harga dipersetujui secara hutang yang akan matang bagi tempoh 30 hari, 60 hari atau 90 hari. iv. Pengimport membayar kepada bank seluruh harga jualan yang dipersetujui pada tarikh matang bil. Bank boleh memperoleh keuntungan daripada instrumen ini melalui jual beli secara murabahah. |
bill of lading | bil muatan | Pentadbiran | Tiada | Dokumen perkapalan yang menunjukkan satu senarai lengkap barang-barang da juga pemiliknya yang akan menerima barang berkenaan. |
real-bill doctrine | doktrin bil benar | Ekonomi | Tiada | Teori yang mengatakan semua pinjaman perniagaan oleh institusi kewangan perlu bersifat jangka pendek dan cair sendiri. Jumlah kredit yang diberi adalah berdasarkan nilai barang yang sedang diproses. Jika doktrin ini dipatuhi, pembayaran bagi setiap urus niaga ekonomi akan berkembang atau menguncup mengikut jumlah barang dikeluarkan. Dengan ini pertumbuhan penawaran wang adalah selari dengan pertumbuhan output, dan inflasi dapat dielakkan. Lihat juga cair sendiri. |
Islamic export credit refinancing | pembiayaan semula kredit eksport Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Skim pembiayaan perdagangan eksport yang dikelolakan oleh Bank Negara Malaysia dan bank eksport import. Tujuan skim ini diwujudkan adalah untuk membantu pengeksport tempatan dengan cara membiayai semula kos eksport. Pembiayaan dilakukan apabila bil pertukaran berkupon sifar dibayar secara bertangguh oleh bank pengimport, kemudiannya akan dibeli oleh Bank Negara dan bank eksport import berdasarkan akad murabahah. Oleh itu, skim ini secara langsung dapat menggalakkan eksport negara. |
special deposit | deposit khas | Ekonomi | Tiada | Tunai yang mesti disimpan di bank pusat kewangan sesebuah negara. Autoriti kewangan memerlukan deposit khas untuk mengurangkan pinjaman bank kepada pelanggan dengan cara mengurangkan kadar kecairan. Penggunaan deposit khas ini didapati sangat berkesan dalam mempengaruhi keupayaan bank meminjamkan wang kepada pelanggan kerana ia mempengaruhi nisbah tunai secara langsung. Deposit khas ini akan menerima faedah simpanan mengikut kadar faedah bagi bil perbendaharaan semasa. |