Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.lah] | بيله

Definisi : 1. kepingan buluh (kayu, rotan, dll) yg dibelah panjang dan tipis: layang-layang itu mempunyai alat pendengung yg dibuat drpd ~ kayu dan daun mengkuang; 2. benda yg menyerupai bilah buluh dll (pisau, keris, dll): ~ pisau itu terjatuh di atas tanah; 3. penjodoh bilangan bagi pisau (keris, pedang, dll): di atas baju itu terletak se~ parang yg sudah dijampi; umpama ~ atau lidi yg terselat pd dinding, dapat juga diambil akan cungkil gigi atau cungkil telinga prb orang yg bodoh atau daif sekalipun ada gunanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.lah] | بيله

Definisi : 1 buluh atau kayu yg dibelah tipis dan panjang: Bidainya dibuat drpd ~ buluh. 2 benda yg menyerupai bilah buluh (spt mata pisau): Keris ini tidak berlok ~nya. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tipis dan panjang spt pisau, keris: Di dinding rumahnya, tersangkut dua ~ pedang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilah

Puisi
 

Belah buluh jangan diusik,
     Kalau diusik menjadi bilah;
Bunga tangguh jangan dikutip,
     Kalau dikutip menjadi salah.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Biduk upih pengayuh bilah.

Bermaksud :

Tiada berdaya akan mengerjakan sesuatu pekerjaan kerana kekurangan alat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bamboo bundle knittingkait berkas buluhBuluhTiadaKaedah yang digunakan untuk menyirat bilah-bilah buluh agar bersambung untuk menghasilkan bidai, sekatan dan sebagainya.
bladed-shapebentuk bilahGeologiTiadaBerhubung dengan bentuk mineral yang terdiri daripada agregat hablur yang panjang dan pipih seperti bilah pisau.
parabolic louversbilah parabolikKesenianHiasan DalamanKekisi menyerong bagi mengubah haluan cahaya ke bawah dan menghasilkan pencahayaan yang mempunyai tahap silauan yang rendah.
feeler gauge bladebilah tolok pendugaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaJalur logam yang mempunyai bacaan ketebalan tertentu untuk mengukur sela kelegaan.
bladed-shapebentuk bilahPertanianTiadaTiada
bamboo strip plywoodpapan lapis bilah buluhBuluhTiadaLihat papan lapis buluh.
vaneramKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKepingan atau bilah yang disambung pada paksi, dan berputar apabila dilalui oleh aliran udara atau bendalir.
statorpemegunKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan Kereta(1) Roda yang mempunyai bilah melengkung terletak di antara pam dengan turbin dalam unit penukar kilas. (2) Bahagian pegun yang mengelilingi pemutar yang bertindak sebagai medan dalam pengulang-alik.
bamboo screenboardpapan kelarai buluhBuluhTiadaPapan yang dihasilkan daripada jalinan bilah buluh.
gas-turbine engineenjin turbin gasKejuruteraan AutomotifEnjinEnjin yang mempunyai aci keluaran yang diputarkan oleh daya hasil daripada pengembangan gas akibat pembakaran bahan api gas dengan udara termampat secara berterusan. Aliran gas ini mengalir merentasi bilah turbin berkelengkungan tertentu yang dipasang pada aci mengikut aturan tertentu dan arah aliran ditetapkan oleh bilah pandu. Tindakan ini seterusnya memusingkan aci keluaran dan menghasilkan kuasa.
12

Kembali ke atas