Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.lang.bi.lang] | بيلڠ٢

Definisi : Mn sj tumbuhan (pokok renek), gelang; rendah ~ diseluduki (disuruki), tinggi kayu ara dilangkahi prb mengerjakan sesuatu atau berhubungan dgn seseorang hendaklah sbg yg semestinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilang-bilang

Puisi
 

Tanam serbat di pintu balai,
     Mari ditunggu bilang malam;
Apa makrifat tuan pakai,
     Mimpikan tuan bilang malam.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Tinggi kayu ara dilangkahi,
     rendah bilang-bilang diseluduki.

Bermaksud :

Melakukan atau mengerjakan sesuatu hendaklah menurut keadaannya yang wajar, meskipun kadang-kadang ganjil pada perasaan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mbeling poetrypuisi mbelingKesusasteraanPuisiPuisi yang mengungkapkan kehidupan sosial masyarakat yang sering menunjukkan sikap pesimis, skeptis dan individualistik. Cara pengungkapannya tidak menghiraukan diksi tradisional. Contohnya, petikan dari puisi "Biaring" karya Judhistira Ardi Nugraha di bawah. Kamu bilang aku bajingan. Aku bilang biaring. Kamu bilang aku perampok. Aku bilang biaring.
manifoldpancaronggaKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang mempunyai beberapa saluran mengikut bilang- an liang pada kepala silinder. Terdapat dua jenis pancarongga, iaitu pancarongga pengambilan dan pancarongga ekzos. Pancarongga pengambilan menyediakan saluran masuk bagi udara atau campuran udara-bahan api ke liang pengambilan pada kepala silinder. Pancarongga ekzos pula menyediakan saluran keluar bagi gas ekzos dari liang ekzos ke sistem ekzos kenderaan.
Gros pointtitik GrosKesenianHiasan DalamanTeknik mengait benang jahit suji bilang dengan menggunakan jahitan benang pada kanvas.
lullabydodoiKesusasteraanTiadaLagu yang didendangkan untuk menenteramkan dan menidurkan anak. Biasanya dodoi mengandungi lagu yang pendek, disampaikan secara berulang-ulang dengan melodi yang lembut, menggunakan puisi kanak-kanak sebagai liriknya. Kebanyakan dodoi bersifat didaktik dan berunsur keagamaan. Contohnya: �Endoi-endoi cak, Cak makan padi, Adik jangan teriak, Mak masak nasi. Buah kacang botor, Bilang satu satu, Tidur adik tidur, Takut burung hantu. Burung hantu punai, Bertelur dalam bakul, Kera duduk menyemai, Lotong duduk menyangkul.

Kembali ke atas