Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.li/] | بيليق

Definisi : 1. ruang dlm rumah (bangunan dsb) yg bersekat dgn dinding dan berpintu, kamar: dia masuk ke dlm ~; 2. ruang yg tersekat, petak kecil; ~ jantung dua ruang pd bahagian bawah jantung utk mengedarkan darah dlm tubuh, ventrikel; ~ air = ~ mandi ruang tempat mandi (membuang air, membasuh dll); ~ baca(an) ruang di perpustakaan dll tempat membaca; ~ (ber)solek ruang tempat (pengantin dll) bersolek; ~ dapur ruang tempat memasak; ~ gelap ruang gelap tempat membuat (mencuci) gambar; ~ gerakan bilik tempat merencanakan sesuatu rancangan (pembangunan dll); ~ kawalan bilik tempat menjalankan sesuatu operasi kawalan keselamatan dsb; ~ kebal bilik khas yg kukuh binaannya, biasanya digunakan utk menyimpan wang atau barang berharga: peti keselamatan itu di ~ kebal syarikat kewangan itu; ~ kuliah ruang tempat memberi kuliah di universiti; ~ lokar bilik yg disediakan dgn lokar utk menyimpan barang peribadi, menyalin pakaian dsb, biasanya terdapat di pusat sukan, pusat pengajian dll; ~ makan ruang tempat makan; ~ mayat bilik tempat menyimpan mayat di hospital sebelum dituntut oleh ahli waris utk dikebumikan dsb; ~ menanti = ~ menunggu bilik yg dikhaskan utk menunggu (giliran, kapal terbang, dsb) di sesuatu tempat (klinik, hospital, lapangan terbang, dsb); ~ pengawal bilik khas tempat petugas (polis, warden dsb) berkawal; ~ persalinan bilik kecil tempat menyalin pakaian; ~ rehat ruang tempat berehat; ~ tamu a) bilik di rumah yg dikhaskan utk tetamu beristirahat (tidur dsb); b) bilik di sesebuah institusi yg dikhaskan utk tetamu dan warga institusi berbincang dsb; c) bilik tempat tetamu menginap di hotel; ~ tidur ruang tempat tidur; berbilik mempunyai bilik, berkamar: rumah pangsa ~ dua; berbilik-bilik mempunyai banyak bilik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.li/] | بيليق

Definisi : Jw tepas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.li/] | بيليق

Definisi : 1 anyaman drpd bilah-bilah buluh (utk dinding dsb). 2 ruang yg diberi berdinding dlm rumah dsb. ~ air ruang tempat mandi-manda, membasuh dll. ~ dapur ruang dlm rumah tempat memasak. ~ gerakan ruang tempat merencanakan sesuatu rancangan pembangunan dsb. ~ kawalan bilik tempat menjalankan sesuatu operasi kawalan keselamatan dsb. ~ kebal bilik khas yg kukuh binaannya, biasanya digunakan sbg tempat menyimpan wang atau barang berharga. ~ kuliah ruang tempat memberi atau menerima kuliah di universiti dsb. ~ makan ruang khas tempat makan. ~ mayat bilik tempat menyimpan mayat, di hospital, sebelum dituntut oleh waris utk urusan pengebumian. ~ tamu bilik yg dikhaskan utk tetamu di sesuatu tempat spt di rumah, di pejabat, dan di hotel. ~ tidur ruang tempat tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilik

Puisi
 

Ke bilik ke dapur,
     Gulai ayam pedas;
Itik yang bertelur,
     Ayam yang menetas.


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
clean roombilik bersihHerbaTiadaSuatu ruang atau bilik yang mempunyai kawalan persekitaran yang tertakrif bebas pencemaran partikulat dan mikrob. Bilik ini dibina dan digunakan untuk mencegah kemasukan, penjanaan dan pengekalan bebas pencemar di dalam bilik bersih. Bilik ini dikelaskan kepada empat kategori berdasarkan kualiti atau tahap pencemaran bawaan udara. Pemprosesan produk herba biasanya dilakukan di dalam bilik bersih kelas tahap kedua.
interfaceantara mukaKesenianTiadaSatu permukaan atau ruang yang menjadi sempadan bersama atau berhubung kait di antara dua objek atau ruang. Contohnya, ruang koridor yang menjadi sempadan bersama di antara dewan terbuka dengan sebaris bilik-bilik atau penggunaan sebatang besi tembaga sebagai pembahagi di antara dua kemasan lantai yang berbeza seperti lantai marmar dengan lantai kayu.
breakout roombilik sampinganUmumTiadaBilik mesyuarat yang dipecahkan daripada bilik utama dan dibahagikan mengikut kumpulan tertentu sama ada mesyuarat yang diadakan secara bersemuka atau dalam talian. Bilik sampingan membolehkan peserta bertemu dalam kumpulan yang lebih kecil dan membincangkan isu-isu tertentu dalam waktu yang serentak sebelum kembali ke bilik mesyuarat utama.
parallel roombilik selariUmumTiadaBilik mesyuarat yang dipecahkan kepada kumpulan peserta yang lebih kecil bagi membincangkan isu-isu tertentu dan membuat ketetapan bersama dalam waktu yang serentak sebelum kembali ke bilik mesyuarat utama. Bilik selari adalah sama dengan konsep sidang pleno.
den roombilik denKesenianHiasan DalamanBilik kecil yang digunakan untuk berehat atau menjalankan aktiviti keluarga. Bilik ini sering digunakan sebagai ruang bacaan yang dilengkapi dengan perabot yang bersesuaian fungsinya.
darkroombilik gelapTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBilik khas yang digunakan untuk memproses filem yang telah didedahkan semasa proses radiografi. Bilik ini juga digunakan sebagai tempat untuk memuatkan dan mengeluarkan filem dari sarung.
P. parlourparlorKesenianHiasan DalamanBilik utama atau bangunan khas untuk meraikan tetamu dan sehingga pada abad ke-20, bilik ini dianggap sebagai ruang khas untuk menjamu tetamu. Parlor juga berfungsi sebagai tempat riadah dan istirahat, seperti lounge yang terdapat di hotel atau kelab. Selain itu, bilik atau bangunan ini juga dijadikan ruang perniagaan, seperti parlor kecantikan atau parlor pengurusan jenazah.
bathroombilik airKesenianHiasan DalamanBilik yang dilengkapi dengan kemudahan, seperti tandas, singki, tab mandi dan pancuran, yang digunakan untuk membersihkan diri.
call roombilik panggilanSukanTiadaBilik yang dikhaskan kepada para atlet untuk berkumpul sebelum perlawanan bermula.
receiving roombilik penerimaPelanconganTiadaBilik penempatan sementara untuk penumpang, sebelum atau selepas penerbangan.
12345678910...

Kembali ke atas