chip | cip | Fizik | Nanoteknologi | Kepingan semikonduktor yang mengandungi padatan jutaan transistor saling terhubung antara satu sama dengan lain. Bilangan padatan transistor dalam suatu cip bertambah dari semasa ke semasa sesuai dengan perkembangan teknologi. Pada tahun 2015, terdapat 7.1 bilion transistor dipadatkan dalam cip berkeluasan 678 mm2, dengan saiz satu transistor adalah 22 nm. Cip digunakan dalam komputer sebagai pemproses dan storan data. |
part per billion | bahagian per bilion | Kimia | Kimia Analisis | unit kepekatan yang menyatakan amaun komponen analit terhadap satu bilion amaun sampel atau larutan. Contohnya satu bahagian per bilion raksa dalam suatu sampel air bermakna terdapat 1 gram raksa dalam setiap 109 gram air atau 1 gram raksa dalam setiap 106 liter air atau 1 μg raksa dalam setiap 1 liter air. |
nanometer | nanometer | Fizik | Nanoteknologi | Ukuran panjang bersamaan dengan 10(-9) meter atau bersamaan dengan satu per bilion meter. Nanometer dikaitkan dengan bidang nanoteknologi, iaitu bahan yang saiznya antara 1 nm - 100 nm. Ukuran nanometer (nm) juga digunakan untuk menyatakan jarak gelombang sinaran elektromagnet dalam spektrum sinaran tampak, iaitu 400 nm - 700 nm. |
top-down nanofabrication | nanofabrikasi atas-bawah | Fizik | Nanoteknologi | Fabrikasi nanobahan atau peranti nanoelektronik yang bermula daripada bahan pukal. Contohnya, menyediakan nanowayar. Satu bilion komponen elektronik dapat difabrikasikan pada keluasan 1 cm2 menggunakan teknik litografi alur elektron berkuasa tinggi atau litografi sinar-X. Banding nanofabrikasi bawah-atas. |