Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bim.bang] | بيمبڠ

Definisi : berasa gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu atau takut sesuatu yg tidak diingini berlaku, khuatir, risau: perasaan ~nya itu akhirnya bertukar menjadi perasaan takut pula; seluruh keluarganya ~ apabila dia tidak pulang-pulang; tak usah ~, gula di dlm mulut, bila hendak telan, telan prb apa yg dikhuatirkan lagi, benda itu sudah dlm milik kita; berbimbang; ~ hati berasa bimbang (khuatir, risau); membimbangkan menimbulkan rasa bimbang (khuatir, risau), mengkhuatirkan, merisaukan: ugutan perempuan itu ~ hatinya; pandangannya itu ~ Hilmi;kebimbangan perihal bimbang (khuatir, risau), kekhuatiran, kerisauan: setelah kejadian itu, dia tetap dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bim.bang] | بيمبڠ

Definisi : 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bimbang

Puisi
 

Apa bunyi berderang-derang,
     Itulah bunyi kulit kerang;
Ingat bimbang zaman sekarang,
     Sedikit yang betul banyak yang kurang.


Lihat selanjutnya...(26)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
psychosomaticpsikosomatikPerubatanPsikiatriGangguan fizikal yang berlaku disebabkan oleh masalah psikologi, seperti perasaan bimbang dan takut.
anti-science fictionfiksyen antisainsKesusasteraanTiadaFiksyen yang memperlekeh pemikiran sains, namun masih mengekalkan secara minimum unsur-unsur fiksyen sains. Fiksyen antisains mempunyai tarikan kepada khalayak yang bimbang akan kesan sains dan teknologi yang semakin terhakis. Fiksyen antisains tidak semantap fiksyen sains yang sebenar dari segi pengisian fakta sains, malahan karya begini biasanya dikaitkan dengan filem dan televisyen, bukannya dengan kesusasteraan moden. Contoh fiksyen antisains ditemui dalam novel C.S.Lewis berjudul Till We Have Faces.
clauseklausaKesusasteraanPuisiBahagian atau unit ayat yang merupakan rangkaian perkataan atau diksi yang mengandungi unsur subjek dan predikat. Contohnya, salah satu baris puisi "Derita Perjalanan" karya Dharmawijaya. 'lembut jarinya mengusap dadaku yang bimbang'

Kembali ke atas