orange peel | bintik kulit limau | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bintik-bintik menyerupai kulit limau pada lapisan permukaan yang dicat. |
rashes | ruam | Kejururawatan | Tiada | Keadaan kulit yang bercirikan bintik-bintik merah (eksantema) dan gatal. Ruam ini mungkin merupakan tindak balas kulit setempat. |
blemish | cacat rupa | Perhutanan | Tiada | Cacat yang mengubah rupa kayu tetapi tidak mengurangi mutunya. Misalnya, bintik-bintik biru pada papan gergaji. |
colloidal quantum dot | bintik kuantum koloid | Fizik | Nanoteknologi | Zarah yang berada dalam bentuk larutan berkoloid. Bintik ini disintesis secara kimia menggunakan tiga komponen, iaitu pelopor, surfaktan organik dan pelarut. Bintik kuantum akan terbentuk menerusi proses pemanasan yang terkawal. Bintik kuantum ini bersifat pendarfluor apabila dipancarkan sinaran ultralembayung dan warna yang dipancarkan bergantung pada saiz bintik kuantum. Bintik kuantum disangkut pada molekul biologi dan digunakan dalam bidang perubatan. |
nanoscale magnetic structure | struktur magnet nanoskala | Fizik | Nanoteknologi | Struktur bintik kuantum daripada bahan magnet yang saiznya dikawal supaya tidak menjejaskan sifat kemagnetannya. Untuk saiz bintik kuantum yang terlalu kecil, sifat kemagnetan ini akan mudah hilang disebabkan oleh tenaga haba. Saiz bintik ini dihadkan oleh sifat superparamagnet. Bahan ini biasanya digunakan untuk meningkatkan ketumpatan ingatan magnet pada komputer, bendalir fero, imej berwarna, dan biopemprosesan. |
quantum dot | bintik kuantum | Fizik | Nanoteknologi | Zarah bersaiz nanometer yang terdiri daripada gabungan atom atau molekul yang biasanya terdiri daripada bahan semikonduktor. Zarah ini dianggap sebagai suatu bintik yang mengandungi 1 elektron - 100 elektron, lohong atau eksiton yang terkurung dalam perigi keupayaan elektrostatik. Pengurungan ini menyebabkan elektron atau lohong mempunyai tenaga terkuantum yang dapat dicerap sebagai spektrum cahaya yang diskret. Bintik kuantum bersifat pendarfluor dan digunakan sebagai penderia biologi dan dalam peranti fotonik. |
semiconductor quantum dot | bintik kuantum semikonduktor | Fizik | Nanoteknologi | Hablur semikonduktor bersaiz antara 2 nm - 10 nm yang mengandungi 100 elektron - 1000 elektron atau 10 atom - 50 atom. Bintik kuantum mengurungi elektron, lohong atau pasangan elektron-lohong (atau eksiton) dalam ruang bersaiz jarak gelombang Compton. Pengurungan ini menyebabkan berlaku pengkuantuman aras tenaga sama seperti yang berlaku dalam atom. Pengkuantuman tenaga memberikan sifat optik istimewa yang dapat digunakan sebagai tag pendarfluor untuk penanda biologi, diod pemancar cahaya, sel fotovoltan dan komputer kuantum. Contoh bahan semikonduktor ialah kadmium selenida dan plumbum sulfida. Bintik kuantum semikonduktor juga dikenali sebagai atom buatan. Sinonim nanohablur semikonduktor. |
multi-spot welding set | set berbilang kimpal bintik | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Set alat kimpal yang digunakan untuk mengimpal bintik secara melintang, membujur, dan sebagainya. |
white spot disease | penyakit bintik putih | Perikanan | Akuakultur | Penyakit pada udang yang disebabkan oleh virus daripada famili Nimaviridae. Penyakit ini ditandai dengan kehadiran bintik putih pada lapisan epitelium kulit di bawah karapas. |
protozoan white spot disease | penyakit bintik putih protozoa | Perikanan | Akuakultur | Sejenis penyakit yang disebabkan oleh parasit Cryptocaryon irritans pada ikan air laut dan Ichthyophthirius multifiliis pada ikan air tawar. Ikan yang diserang penyakit ini menunjukkan tanda bintik putih pada insang, sirip dan badan. |