Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.nuang] | بينواڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Octomeles sumatrana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata binuang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
binuangbinuangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama paiwai kayu Octomeles sumatrana daripada famili Datiscaceae. Gubal kayu binuang berwarna putih, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya berwarna coklat pudar atau coklat kemerah-merahan. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 270 hingga 460 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang ringan dan lembut. Kayu binuang mudah dikerjakan, lambat mengering dan tidak tahan lama, tetapi mudah diawet. Kayu ini sesuai digunakan dalam pembuatan venir dan papan lapis untuk peti kayu, dan kotak mancis.

Kembali ke atas