Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biro;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adjustment bureaubiro penyelarasaninsuransTiadaBiro yang memberikan perkhidmatan penyelarasan kepada syarikat insurans yang tidak mempunyai jabatan tuntutan sendiri.
bureau-de-changebiro pertukaran wangPelanconganTiadaTempat untuk menukar mata wang asing.
convention and visitor bureaubiro konvensyen dan pelawatPelanconganTiadaAgensi kerajaan yang menyediakan khidmat nasihat kepada pelawat, seperti maklumat berkaitan dengan tempat tarikan pelancong atau kemudahan urusan perjalanan.
political workerpetugas politikSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu yang bekerja untuk sesuatu organisasi atau parti politik sama ada secara sukarela atau dengan mendapat bayaran untuk perkhidmatannya. Petugas ini ditempatkan di pejabat atau markas parti dan melaksanakan segala bentuk kerja perkeranian dan pentadbiran seperti surat-menyurat, penyimpanan fail, rekod serta perhubungan antara ahli politik. Dalam menghadapi pilihan raya, petugas ini akan melaksanakan kerja yang berkaitan dengan kempen, pendaftaran, penyebaran poster, manifesto dan sebagainya. Petugas ini mungkin tidak memahami sepenuhnya ideologi atau sejarah parti tetapi melakukannya sebagai satu pekerjaan. Contohnya, petugas politik di Biro Pengaduan MCA akan menyelesaikan pelbagai masalah orang ramai yang datang mengadu ke pejabat biro tersebut.
change in manufacturing sitepertukaran tapak pengilanganHerbaPeraturan dan PemasaranTindakan mengubah premis pengilangan suatu produk berdaftar dari premis asal produk didaftarkan ke premis yang baharu. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR) di Malaysia, kelulusan pertukaran tapak pengilangan untuk produk berdaftar diperoleh daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Pemegang pendaftaran dan/atau pengilang adalah bertanggungjawab terhadap kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk-produk mereka. Terdapat lima jenis pertukaran tapak pengilangan, iaitu: i. Jenis I: pertukaran tapak premis dalam di negara; ii. Jenis II: pertukaran luar negara ke Malaysia; iii. Jenis III: pertukaran di luar negara; iv. Jenis IV: pertukaran untuk kategori khas produk; dan v. Jenis V: bagi situasi krisis. Jenis ll, lll, IV dan V, memerlukan permohonan pertukaran tapak pengilangan.
Good Manufacturing Practices (GMP)Amalan Pengilangan Baik (APB)HerbaTiadaSebahagian daripada jaminan kualiti yang memastikan produk herba dihasilkan dan dikawal menurut piawai kualiti yang sesuai serta mematuhi keperluan penguatkuasaan atau spesifikasi produk. Di Malaysia, pengilangan produk herba mestilah dilakukan dalam premis yang mematuhi APB dan mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Amalan baik dalam pengilangan merangkumi aspek premis, kawasan kerja dan penstoran, peralatan, bahan mentah, bahan pembungkusan, prosedur pengilangan, dokumentasi, ujian kawalan kualiti, kakitangan dan bahan buangan.
Control of Drugs and Cosmetics Regulations 1984 (CDCR)Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR)HerbaPeraturan dan PemasaranPeraturan-peraturan berkaitan dengan ubat, ubat tradisional dan kosmetik yang diwartakan pada bulan Jun 1984 di Malaysia dan dipinda pada tahun 2006. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ditubuhkan sebagai pihak berkuasa pelesenan. Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) ditugaskan untuk mengurus operasi harian berkaitan dengan pendaftaran ubat dan ubat tradisional, dan pemberitahuan/notifikasi kosmetik serta aktiviti pemantauan dan pengawasan produk-produk tersebut.
certificate of Good Manufacturing Practicesijil Amalan Pengilangan BaikHerbaPeraturan dan PemasaranDokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada premis syarikat pengilang produk selepas berjaya melalui proses permohonan dan audit pensijilan Amalan Pengilangan Baik. Sijil ini merupakan akuan dan pembuktian bahawa pengilang tersebut telah mematuhi dan mengamalkan sistem jaminan kualiti berdasarkan amalan pengilangan baik. Di Malaysia, sijil Amalan Pengilangan Baik hanya boleh diperoleh daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kembali ke atas