Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ro.kra.tik] | بيروکراتيک

Definisi : berdasarkan (bersifat) birokrasi, secara birokrasi: amalan pengurusan yg dahulunya berbentuk autokratik dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ro.kra.tik] | بيروکراتيک

Definisi : bersifat birokrasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata birokratik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bureaucratic culturebudaya birokratikPentadbiranPentadbiran Awam

Set nilai dan gaya bekerja yang diamal dan dikongsi bersama oleh ahli-ahli birokrasi. Budaya ini menjadi amalan ahli birokrasi dalam berinteraksi sesama mereka ataupun dengan persekitaran luaran. Budaya birokratik juga menentukan kecekapan ahlinya dalam mengambil sesuatu keputusan dan tindakan, biasanya ia terikat dengan peraturan dan undang-undang pentadbiran. Budaya birokratik boleh berbeza di antara satu organisasi dengan organisasi yang lain. Contohnya, budaya birokratik di jabatan kerajaan adalah berbeza dengan budaya birokratik di institusi perbankan.

bureaucratic efficiencykecekapan birokratikPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan pentadbiran yang berkaitan dengan pengurusan organisasi jabatan yang dilaksanakan dengan cemerlang, cepat, tepat dan dengan cara yang menjimatkan. Kecekapan birokratik akan meningkatkan prestasi pekerja, kualiti menyeluruh dalam organisasi, fokus kepada pelanggan dan kawalan kos secara efektif. Melalui kecekapan tersebut, produktiviti dan output jabatan dapat ditingkatkan pada kadar yang semaksima serta akan melahirkan budaya kerja yang cemerlang khususnya dalam kalangan kakitangan awam.

bureaucratic leadershipkepemimpinan birokratikPentadbiranPentadbiran Awam

Keupayaan dan kebolehan pemimpin melaksanakan tanggungjawab pentadbiran dalam sesebuah organisasi. Keupayaan pemimpin menjadi penentu kepada kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi khususnya dalam konteks mencapai misi, visi, matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Kepemimpinan birokratik ini juga menjadi pendorong, perangsang dan penggerak utama kepada pekerja bawahan dalam usaha melaksanakan segala bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Ia juga membawa maksud mewujudkan satu budaya dan nilai bersama, matlamat komunikasi kepada pekerja dalam sesebuah organisasi dan juga menggalakkan pekerja untuk menunjukkan prestasi yang lebih tinggi. Pemimpin mempunyai kemampuan untuk menggunakan pelbagai bentuk kuasa dalam mempengaruhi tingkah laku pekerja semasa menjalankan tugas.

bureaucratic characteristicsciri-ciri birokratikPentadbiranTiadaElemen-elemen pentadbiran yang tidak bersifat personal melibatkan tugas-tugas sah yang diperinci dengan jelas; rantaian pemerintahan; prosedur pemilihan pekerja yang terselenggara; perlantikan kakitangan; perkembangan kerjaya dan penggajian; penggunaan peraturan tertentu dan kawalan yang seragam. Antara ciri-ciri birokratik ialah agihan kerja mengikut profesion dan hirarki dalam sesebuah organisasi dari jawatan tertinggi hingga ke peringkat bawahan; kuasa yang berbeza mengikut hirarki dan hubungan pekerja dengan pihak pentadbiran yang bersifat rasmi yang ditentukan oleh peraturan. Peraturan ini juga turut mengawal dan menentukan tingkat kualiti dan produktiviti; pemilihan pekerja berdasarkan kelayakan yang sesuai dan tidak dipengaruhi oleh hubungan peribadi.
bureaucratic leaderpemimpin birokratikKependudukanTiadaTiada
bureaucratic leaderpemimpin birokratikSosiologiTiadaTiada
bureaucratic constituitonalismfaham birokratik berperlembagaanSains PolitikTiadaTiada
bureaucratic politicspolitik birokratikSains PolitikTiadaTiada
bureaucratic powerkuasa birokratikSains PolitikTiadaTiada
bureaucratic absolutismfaham birokratik mutlakSains PolitikTiadaTiada
12

Kembali ke atas