Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bisnes


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
business intelligencerisikan bisnesTeknologi MaklumatTiadaTeknik yang digunakan untuk mengenal pasti, mengekstrak, menyimpan, menganalisis data yang diperoleh daripada persekitaran organisasi bagi tujuan mendapatkan pengetahuan daripada hal ehwal sesebuah organisasi dengan menggabungkan seni bina sistem, alatan ekstrak, pangkalan data dan alatan analitik untuk membuat keputusan.
Management Information System (MIS)Sistem Maklumat PengurusanTeknologi MaklumatTiadaSistem maklumat berasaskan komputer yang digunakan untuk mengumpul, memproses dan mengeluarkan laporan yang diperlukan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah organisasi. Setiap fungsi bisnes lazimnya menggunakan sistem maklumat yang khusus. Sistem maklumat ini direka bentuk agar aliran maklumat dapat distruktur dan disepadukan dengan sistem maklumat pengurusan fungsi bisnes yang lain. Contohnya sistem maklumat perakaunan sebuah pasaraya mengeluarkan maklumat tentang kedudukan stok, pendapatan hasil jualan harian,mingguan dan bulanan. Contoh lain adalah sistem maklumat pelajar yang mengelurkan laporan statistik pelajar mengikut fakulti, kaum dan jantina.
presentation softwareperisian persembahanTeknologi MaklumatTiadaPerisian aplikasi yang digunakan untuk membangunkan bahan persembahan yang terdiri daripada teks, imej, animasi, grafik, video atau carta. Perisian persembahan dibahagikan kepada tiga jenis iaitu perisian persembahan bisnes, alat pengarangan multimedia dan perisian yang mempunyai ciri-ciri kedua-dua perisian tersebut. Contoh perisian persembahan adalah seperti Microsoft Powerpoint, Freelance Grafics, Adobe Persuasion, Astound, Asymetrix Compel dan Harvard. Sinonim grafik persembahan.

Kembali ke atas