blog | blog | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Singkatan bagi weblog. Sebuah tapak web yang mengandungi catatan harian atau diari, artikel, dokumen atau pendapat pengarang mengenai sesuatu topik atau subtopik yang tertentu. Blog juga merupakan jurnal dalam talian yang kerap dikemas kini dengan entri baharu setiap hari untuk bacaan, komen atau ulasan daripada pembaca. Dalam konteks e-pembelajaran, blog sering digunakan sebagai buku latihan penulisan dan portfolio tugasan. Sinonim weblog. |
weblog | weblog | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Lihat blog. |
content creation | penciptaan kandungan | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Proses menyediakan kandungan maklumat seperti video, blog atau catatan media sosial terutama dalam media digital untuk pengguna secara dalam talian. |
content creator | pencipta kandungan | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Individu yang menyediakan kandungan maklumat seperti video, blog atau catatan media sosial terutamanya dalam media digital untuk pengguna secara dalam talian. |
feed | suapan | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Aliran kandungan secara berterusan yang boleh ditatal oleh pengguna blog dan media sosial. |
content marketing | pemasaran kandungan | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Aktiviti memasarkan kandungan maklumat daripada penciptaan, penerbitan, dan perkongsian seperti video, blog, dan catatan media sosial yang disasarkan kepada pengguna secara dalam talian. |
crowd-source content | kandungan sumber khalayak | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Bahan kandungan untuk platform perkhidmatan seperti platform e-pembelajaran, e-beli belah, e-tempahan, blog dan sebagainya yang disumbangkan oleh orang ramai secara terbuka. Kaedah penyumberan khalayak ini lebih bermakna bagi tujuan pemasaran produk dan perkhidmatan melalui platform yang disediakan. |
outfit of the day (OOTD) | peragaan hari ini | Fesyen | Tiada | Merujuk pemakaian seseorang pada hari tertentu dan kemudian dirakam dalam bentuk gambar seterusnya dimuatnaik dalam media sosial biasanya dalam konteks blog fesyen. |