block cipher | sifer blok | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penyulitan teks biasa sebagai satu unit atau blok. Biasanya, saiz data yang terkandung dalam blok ini adalah tetap dan hasil penyulitan atau penyahsulitan bergantung kepada panjang, kandungan data dan susunan data dalam unit atau blok tersebut. Hasil sifer blok biasanya mempunyai sebaran luar, iaitu kedudukan data asal disamarkan ke seluruh mesej. Sifer blok lali kepada permindaan terlarang kerana sebarang perubahan, walaupun sangat kecil akan menyebabkan kandungan semua blok berubah dengan banyak. Walau bagaimanapun, sistem penyulitan yang mengamalkan sifer blok ini biasanya lebih lambat berbanding sifer alir. |
cipher block chaining | perantaian blok sifer | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Mod blok sifer yang meningkatkan mod buku kod elektronik dengan merantai kesemua blok teks sifer yang terhasil dan dikendalikan pada segmen teks biasa yang mempunyai panjang pemboleh ubah kurang atau sama dengan panjang blok. Mod ini dilaksanakan dengan menggunakan segmen teks sifer yang dijanakan terdahulu sebagai input algoritma, iaitu dengan menginput kembali teks sifer bagi menjanakan satu blok output. Seterusnya, blok output ini digabungkan melalui OR eksklusif (NOR) dengan segmen teks biasa yang berikutnya, iaitu kurang daripada panjang blok untuk membentuk segmen teks sifer yang berikutnya. |
reference block | blok rujukan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sejenis blok yang digunakan untuk menentukurkan peralatan ultrasonik. Blok rujukan juga dikenali dengan blok tentukuran. Terdapat dua jenis tentukuran dalam pemeriksaan ultrasonik terhadap bahan, iaitu tentukuran masa dasar dan tentukuran amplitud. Tentukuran masa dasar dilakukan bagi menentukan kedudukan pemantul, manakala tentukuran amplitud dilakukan bagi menganggar saiz pemantul. |
block | bongkah; sekat; blok; takal; adang (Tenis) | Perubatan | Tiada | 4. Blok: Ketulan bahan seperti lilin yang telah dibentuk mengikut landas dentur.,5. Blok: Menghalang atau menggagalkan fungsi sesuatu seperti blok saraf alveolar. |
IOW block | blok IOW | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Blok logam (keluli, aluminium dan aloi) bertentukuran piawai yang digunakan untuk membina profil alur dan menentukan resolusi prob. Blok ini dikeluarkan oleh Institute of Welding (IOW). Blok ini mengandungi lubang gerudi berdiameter 1.5 mm pada kedudukan-kedudukan seperti yang ditunjukkan pada rajah. |
area amplitude block | blok amplitud luas | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Blok piawai yang terdiri daripada pemantul bergaris pusat berbeza, tetapi mempunyai kedalaman yang sama. Blok ini digunakan untuk menentukan hubungan antara saiz ketakselanjaran dan amplitud isyarat dengan membandingkan respons isyarat bagi saiz lubang yang berbeza. Blok ini mengandungi lubang gerudi bertapak rata dengan diameter yang berbeza-beza, tetapi pada kedalaman yang sama. |
IIW type calibration block | blok tentukuran jenis IIW | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Blok logam (keluli, aluminium dan aloi) tentukuran piawai yang digunakan untuk pelbagai kegunaan semasa ujian ultrasonik. Antara kegunaan blok ini termasuklah untuk menentukurkan masa dasar, indeks prob, menentukan sudut prob, menentukan resolusi, kepekaan, kelinearan dan kuasa penembusan alat ujian ultrasonik. Blok ini terdapat dalam dua saiz, iaitu saiz besar (V1) dan saiz kecil (V2). Blok ini dikeluarkan oleh IIW. |
aluminium cylinder block | blok silinder aluminium | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Blok silinder yang diperbuat melalui penuangan aloi aluminium. Blok ini biasanya dipasang dengan pelapik besi tuangan yang bertindak bagi membentuk gerek silinder. |
resolution reference block | blok rujukan resolusi | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sejenis blok logam (keluli, aluminium dan aloi) yang menunjukkan keupayaan prob untuk membeza dan memisahkan pemantul pada kedalaman yang berdekatan. Contohnya, blok V1 yang dipiawaikan oleh International Institute of Welding (IIW) dan IOW yang dipiawaikan oleh Institute of Welding. Lihat juga blok tentukuran jenis IIW. |
distance amplitude block | blok amplitud jarak | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Blok piawai yang terdiri daripada pemantul bergaris pusat sama, tetapi berbeza kedalaman. Blok ini digunakan untuk membina lengkung pembetulan jarak amplitud (DAC). |