Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.hong] | بوهوڠ

Definisi : berlainan drpd yg sebenarnya (cerita, keadaan, dll), dusta, karut, palsu: ia membuat pengaduan ~; cakap ~; ~ sunat bp berbohong dlm perkara kecil yg terpaksa dilakukan, yg kononnya bertujuan utk menjaga hati sesuatu pihak, mengelakkan sebarang masalah dsb;berbohong, membohong bercakap bohong, berdusta: dgn Anisah dia tidak pernah ~;membohongi bercakap bohong kpd, mendustai: boleh jadi ia telah ~ aku;membohongkan 1. menganggap bohong, mengatakan bohong; 2. Id menyangkal, mengingkari: dibohongkannya segala keterangan saksi itu;kebohongan perihal bohong, sesuatu yg bohong;pembohongan perbuatan membohong(i) atau membohongkan, pendustaan;pembohong 1. orang yg suka membohong; 2. suka membohong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.hong] | بوهوڠ

Definisi : tidak sama dgn hal yg sebenarnya; tidak betul; dusta: Jangan suka bercakap ~. berbohong bercakap atau berbuat bohong: Saya tidak pernah ~. membohongi mengatakan sesuatu yg tidak benar kpd; mendustai: Dia diajar supaya tidak ~ sesiapa pun. membohongkan mengatakan (menganggap) bohong; menyangkal tuduhan dsb; menidakkan: Ia ~ semua tuduhan yg dilemparkan kpdnya. kebohongan sesuatu yg bohong: ~nya itu ketahuan juga akhirnya. pembohongan perbuatan (hal dsb) membohongi atau membohongkan. pembohong orang yg suka berbohong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bohong

Peribahasa

Kayu bengkok,
     masakan lurus bayangannya!

Bermaksud :

Orang yang bercakap bohong tentu tidak dapat dipercayai.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lyingbohongPendidikanTiadaTiada
liesbohongPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
perjurysumpah bohongUndang-undangTiadaTiada
lie detectorpengesan bohongPsikologiTiadaTiada
lie detectorpengesan bohongPsikologiTiadaAlat yang digunakan untuk mengesan perubahan dalam badan akibat perubahan emosi individu (khususnya perasaan bersalah akibat berbohong). Alat ini dikenali sebagai poligraf. Alat ini mengukur atau merekod perubahan dalam kadar jantung, tekanan darah, kadar pernafasan dan respons kulit atau perpeluhan.
lie detectorpengesan bohongPsikologiPsikologi UmumAlat yang digunakan untuk mengesan perubahan dalam badan akibat perubahan emosi indvidu (khususnya perasaan bersalah akibat berbohong). Alat ini dikenali sebagai poligraf. Alat ini mengukur atau merekod perubahan dalam kadar jantung, tekanan darah, kadar pernafasan dan respons kulit atau perpeluhan. Semasa menggunakan poligraf, beberapa persoalan dikemukakan untuk mengukur aras respons dalam keadaan biasa. Selepas itu, beberapa soalan yang berkaitan dengan emosi akan ditanya secara berselang-seli untuk memastikan sama ada suspek bercakap benar atau sebaliknya. Kebolehpercayaan alat ini diragui kerana dalam keadaan tertentu mesin tersebut gagal membezakan antara orang yang bercakap benar atau tidak. Emosi suspek dalam kebanyakan kes sukar dikesan kerana tabiat atau pengalaman mereka yang boleh mengawal perasaan dengan baik. Kadangkala, orang yang tidak bersalah boleh dikatakan berbohong kerana perubahan yang dikesan oleh alat tersebut akibat rasa takut dan gemuruh ketika disoal dan bukannya kerana sebab berbohong.

Kembali ke atas