korfball | bola korf | Sukan | Tiada | Permainan bola seakan-akan bola keranjang, dimainkan oleh dua (2) pasukan campuran jantina. Setiap pasukan terdiri daripada lapan (8) pemain, iaitu empat (4) lelaki dan empat (4) wanita. Permainan ini berasal dari Dutch, Belanda. |
soccer ball structure | struktur bola sepak | Fizik | Nanoteknologi | Struktur molekul fulerena C-60 yang atom karbonnya tersusun membentuk sfera kosong seperti sebiji bola sepak. Contoh molekul fulerena berstruktur bola sepak ialah bukminsterfulerena C-60 dan bola bucky. |
pickleball | bola pikel | Sukan | Tiada | Permainan bola plastik di gelanggang rata, dimainkan oleh dua (2) pasangan pemain. Bola tersebut dipukul di atas jaring rendah dengan menggunakan pemukul pendek. |
intertask transfer | pemindahan interlakuan | Sains Sukan | Biomekanik | Situasi pembelajaran motor yang melibatkan pengaruh kemahiran yang berlainan terhadap pembelajaran kemahiran yang baharu. Contohnya, kemahiran menjaring bola dalam sukan bola keranjang boleh membantu pembelajaran kemahiran dalam sukan bola jaring. |
lacrosse | bola sauk | Sukan | Tiada | Permainan bola di atas padang oleh dua (2) pasukan, masing-masing terdiri daripada 10 orang pemain. Pemain perlu menggunakan kayu dengan jaring yang melengkung untuk menangkap, membawa dan menjaringkan bola ke gawang lawan. |
magnus effect | kesan magnus | Sains Sukan | Biomekanik | Kesan yang menyimpang atau mengalihkan sesuatu objek dari laluannya secara drastik akibat rintangan udara dan putaran objek tersebut. Contohnya, putaran atas pada bola menyebabkan bola menjunam secara mendadak. |
cyclo ball | bola basikal | Sukan | Lumba Basikal | Sejenis acara berbasikal dalam gelanggang yang menggunakan bola. |
cyclo ball | bola basikal | Sukan | Lumba Basikal | Sejenis acara berbasikal dalam gelanggang yang menggunakan bola. |
ball-and-stick model | model bola dan batang | Fizik | Nanoteknologi | Model kimia yang menganggap bola sebagai atom dan tiap- tiap batang sebagai ikatan. Keupayaan saling tindak ikatan akan dipilih bergantung pada jenis ikatan. Oleh itu, fungsi tenaga dan parameter yang lain dapat disesuaikan dengan susunan atom. |
anatomical analysis | analisis anatomi | Sains Sukan | Biomekanik | Pemerhatian terhadap pergerakan untuk menentukan tindakan sendi dan otot yang terlibat. Contohnya, melakukan pemerhatian terhadap pergerakan sendi dan otot kaki semasa menggelecek bola dalam permainan bola sepak. |