rod bolt | bolt rod | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bolt yang digunakan untuk memasang tukup pada rod penyambung. |
guide sleeve | sarung pandu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sarung berbentuk tiub yang terletak pada bolt rod penyambung untuk mengelakkan jurnal aci engkol dicalarkan oleh bebenang bolt tersebut semasa rod penyambung dikeluarkan. Hos getah yang pendek biasanya boleh digunakan sebagai sarung pandu. |
seatpost binder bolt | skru kunci tiang tempat duduk | Sukan | Lumba Basikal | Skru yang digunakan untuk mengunci tiang tempat duduk. |
bracket | pendakap | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian yang dipasang dengan bolt, skru atau nat untuk memegang bahagian lain daripada menjadi longgar atau tercabut. |
hub | hab | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Unit tengah yang menempatkan roda yang dipasang dengan bolt. |
stud extractor | pengekstrak stad | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang digunakan untuk mengeluarkan bahagian bolt atau stad yang telah patah atau tertinggal di dalam lubang stad. |
bearing caps | tukup galas | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tukup yang memegang galas, yang dipasang dengan menggunakan bolt atau nat. |
torque wrench | perengkuh kilas | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Perengkuh khusus yang mempunyai soket yang digunakan untuk mengukur daya kilas, yang dikenakan untuk mengetatkan nat atau bolt. |
historical play | drama sejarah | Kesusasteraan | Tiada | Drama berdasarkan sejarah atau sebarang peristiwa yang diterima oleh sesebuah masyarakat sebagai sejarah. Contohnya, drama mitos dan legenda. Secara amalannya, drama sejarah dikhususkan kepada karya yang mempersembahkan sejarah sekular dan menangani isu yang lebih luas daripada nasib seorang protagonis. Drama sejarah memberikan tumpuan kepada pemerintahan, iaitu mengaitkan peristiwa masa silam dengan masa kini untuk tujuan didaktik. Pencapaian cemerlang dalam drama ini melalui karya Shakespeare seperti Richard II, Henry V, Julius Caesar dan Antony and Cleopatra. Antara dramatis pada abad ke-20 yang memanfaatkan genre ini ialah Arthur Miller melalui karyanya The Crucible, 1953 dan Robert Bolt dengan karyanya berjudul A Man for All Seasons, 1960. |