Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.moh] | بوموه

Definisi : tabib yg mengubati orang sakit dgn menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi, pawang, dukun; ~ mencari orang sakit prb orang yg menawarkan diri dgn tidak diminta; berbomoh menggunakan khidmat bomoh utk mengubati penyakit, menyihir, mencelakakan, dsb;berbomoh-bomoh menggunakan khidmat beberapa bomoh utk mengubati penyakit, menyihir, mencelakakan, dsb: ada yg sampai ~ utk menundukkan lawannya; kebomohan perihal berubat secara tradisional dgn bomoh atau dukun; perbomohan yg berkaitan dgn bomoh (amalannya, selok-belok kerjanya, dsb): kepercayaan warisan spt magis dan ~; memperoleh kepakaran dlm ilmu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.moh] | بوموه

Definisi : orang yg mengubati orang sakit dgn menggunakan jampi serapah atau ramuan saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bomoh

Puisi
 

Cik Mahat orang di desa,
     Duduk menjemur tepi paya;
Luar sihat dalam bisa,
     Cari bomoh ubatkan saya.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jampijampiKesusasteraanPuisiPuisi yang dibaca bagi mengubat seseorang yang sedang sakit terutama dalam konteks masyarakat tradisional. Lazimnya jampi ataupun mantera ini digunakan atau dibacakan oleh seorang bomoh awu dukun. Ada kalanya jampi atau mantera ini juga dibacakan kepada sesuatu objek seperti keris, tombak dan lembing kerana dipercayai benda-benda ini mengandungi unsur-unsur sakti. Contohnya, jampi "Penawar Bisa" dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional.Bismillahi 'L-rahman 'I-Rahim, Kayu medang, kayu patani. Tumbuh di padang merbani, Akar terhunjam tujuh petala bumi, Pucuk tersandar ke angkasa; Tuan puteri dari angkasa, Membawa tawar sekalian yang bisa, Ipuh putih menawar ipuh merah,
orthodoxyfaham ortodoksSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang masih tertutup serta dipengaruhi oleh mistik dan ghaib. Fahaman ini tidak meletakkan penjelasan saintifik sebagai asas perbincangan sebaliknya berpegang kepada kepercayaan yang lampau dan kolot. Fahaman ini banyak dipengaruhi oleh tradisi, kepercayaan karut, petua generasi tua, pandangan bomoh dan tukang tilik serta adat yang sudah lapuk. Pemikiran ini berkembang di seluruh dunia sebelum idea moden muncul termasuklah di Eropah sebelum abad pertengahan atau Zaman Renaissance. Fahaman kuno masih wujud dan diamalkan oleh sebilangan masyarakat khususnya di negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Kepercayaan tradisi ini banyak mempengaruhi politik masyarakat seperti mempercayai seseorang mempunyai kuasa tertentu sehingga menjadikan keturunannya sebagai pemerintah.
main puterimain puteriKesusasteraanTiadaUpacara pengubatan tradisional yang menggunakan muzik, cerita dan nyanyian makyung. Upacara ini bertujuan untuk menyemah semangat yang mengganggu ketenteraman dan imbangan angin si pesakit, selalunya pesakit jiwa. Main puteri dijalankan sebagai sebuah persembahan, iaitu terdapatnya pemain dan penonton. Peranan utama dipegang oleh tok Minduk, pemain rebab dan Tok Puteri, bomoh dan si pesakit. Alat-alat muzik yang mengiringi upacara ini terdiri daripada sebuah rebab, sepasang gendang dan sepasang gong. Tok Puteri memulakan upacara dengan membaca mantera sajian kepada untuk menyemah semangat si pesakit. Sebelum menilik, dia akan melakukan upacara �menurun�. Ketika itu, Tok Puteri akan dirasuk oleh semangat tertentu dan seterusnya akan berlaku soal jawab antara Tok Minduk dengan Tok Puteri untuk menentukan semangat yang bertanggungjawab terhadap keadaan si pesakit. Pemilikan akan diselang seli dengan gerak tari dan silat oleh Tok Puteri yang dirasuk semangat yang dijemput. Semangat yang dikenali sebagai Hanuman, Jin Selakah tunggal, Bota dan semangat itu tidak bertanggungjawab, semangat tersebut akan dilepaskan. Proses ini berlaku sehingga semangat berkenaan dikenal pasti. Kemudian Tok Minduk akan melakukan proses tawar-menawar dengan semangat ini untuk memintanya meninggalkan tubuh badan si pesakit. Selepas mendapat persetujuan, semangat berkenaan pun keluar dan si pesakit akan pulih. Seterusnya, si pesakit akan bergerak dan menari yang menandakan bahawa dia telah pulih. Proses pengubatan tradisional main puteri masih lagi diamalkan di Kelantan. Antara tokoh main puteri yang tersohor ialah Bakar Daud (Bachok), Tok Minduk awang Omar (Tumpat) dan Pak Mat tok Teri (Gunung).
kuda kepangkuda kepangKesusasteraanTiadaTarian yang menggunakan patung kuda anyaman. Tarian ini terdapat di negeri Johor dan dikenali juga dengan nama kuda lumping, jaran kepang atau ebeg. Tarian ini melibatkan antara 9 � 13 penari termasuk seorang ketua yang dikenali sebagai Danyang. Tarian ini boleh menyebabkan penari tidak sedar atau lupa diri. Sebelum memulakan persembahan, bomoh atau ketua kumpulan membaca jampi serapah dan menghadiahkan sajian kepada semangat kuda dan semangat pekarangan. Penari kuda kepang diiringi oleh kumpulan muzik yang mengalunkan muzik, iaitu angklung, gendang bujur dua muka, sebiji jidor dan gong. Tarian kuda kepang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan tarian menunggang kuda dan bahagian kedua bermula apabila penari mula masuk dalam keadaan lupa diri. Pada bahagian kedua, pergerakan penari mula dikawal oleh sesuatu kuasa ghaib. Kuda kepang berasal dari jawa dan diperkenalkan oleh Wali Songo untuk menyebarkan syiar Islam.

Kembali ke atas