Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bon] | بون

Definisi : 1. sijil pelaburan yg dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan, yg menunjukkan bahawa sejumlah wang telah dipinjamkan dan akan dibayar balik berserta faedah; 2. Id surat kecil (pengakuan mengambil barang yg akan dibayar kemudian): ~ jati; ~ jati bon yg paling terjamin; ~ kerajaan bon yg diterbitkan oleh kerajaan sesebuah negara dan dianggap tidak berisiko; ~ pelaksanaan (Eko) dokumen yg merupakan jaminan, biasanya berbentuk insurans atau jaminan bank, yg dikeluarkan bagi pihak kontraktor kpd pemberi kontrak utk memastikan kelancaran pelaksanaan projek sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat kontrak; ~ perbendaharaan bon yg diterbitkan oleh kerajaan dgn tempoh matangnya yg lama, biasanya antara 10 tahun hingga 30 tahun; ~ syarikat bon yg diterbitkan oleh syarikat perniagaan dan dianggap tidak bebas risiko. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bon] | بون

Definisi : sijil pelaburan yg dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan, yg menunjukkan bahawa sejumlah wang telah dipinjamkan dan akan dibayar balik berserta faedah. ~ kerajaan bon yg diterbitkan oleh kerajaan sesebuah negara dan dianggap tidak mempunyai risiko, kpd pemiliknya. ~ syarikat bon yg diterbitkan oleh syarikat perniagaan dan dianggap tidak bebas risiko, kpd pemiliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bon


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
contract bondbon kontrakinsuransTiadaBon yang menjamin prestasi pelaksanaan dan pembayaran kos buruh serta bahan yang berkaitan dengan sesuatu kontrak binaan. Bon pertama dikenali sebagai bon prestasi dan yang kedua ialah bon pembayaran.
bid bondbon bidainsuransTiadaBon yang menjamin bahawa kontraktor akan melaksanakan kontrak jika kontrak tersebut diberikan kepadanya dan akan menyediakan bon prestasi atau bon kontrak yang diperlukan.
bondbonEkonomiTiadaSurat tuntutan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan yang menjanjikan bayaran pokok dan bunga pada kadar tertentu pada suatu tarikh yang ditetapkan. Misalnya, bon pinjaman dan bon kerajaan.
labour and material bondbon bahan dan buruhinsuransTiadaBon yang disediakan oleh kontraktor untuk menjamin pembayaran bahan dan buruh yang digunakan untuk sesuatu projek. Bon ini melepaskan tuan punya projek dari kemungkinan liabiliti disebabkan kontraktor tidak membuat pembayaran.
cagamas bondbon cagamasEkonomiTiadaBon yang dikeluarkan oleh Perbadanan Cagaran Malaysia (Cagamas) Berhad yang bertujuan mewujudkan pasaran peringkat kedua bagi pinjaman utama, terutama pinjaman perumahan. Cagamas Berhad bertindak sebagai pengantara antara pemberi pinjaman utama dan pelabur, iaitu dengan membeli pinjaman perumahan yang belum terjelas daripada bank atau institusi kewangan, dan pada masa yang sama menerbitkan bon cagamas untuk dijual kepada orang ramai untuk membiayai pembelian tersebut.
fiduciary bondbon fidusuariinsuransTiadaBon yang dilaksanakan oleh seorang wakil yang dilantik oleh mahkamah untuk memegang jawatan yang diamanahkan kepadanya bagi menjamin perlaksanaan tanggungjawab yang diberikan.
indemnity bondbon indemnitiinsuransTiadaBon yang memberi ganti rugi kepada penerima obligasi berikutan kegagalan prinsipal melaksanakan sesuatu tugas.
bail bondbon jaminaninsuransTiadaBon mahkamah yang memberi jaminan bahawa orang yang dijamin akan menghadirkan diri di mahkamah seperti yang dikehendaki.
position bondbon jawataninsuransTiadaBon kesetiaan yang melindungi semua pekerja yang memegang jawatan yang dinyatakan.
licence bondbon leseninsuransTiadaBon yang menjamin bahawa seseorang yang telah diberikan lesen akan mematuhi undang-undang dan ordinan berkaitan dengan pemberian lesen.
123456

Kembali ke atas