bonang barung | bonang barung | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional Indonesia yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Bonang barung merupakan satu set gong <i>kecil i>yang berbusut (gong chime) yang diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Alat muzik ini mempunyai register sederhana dan dimainkan dalam gamelan Jawa dan gamelan Melayu. |
bonang panerus | bonang panerus | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional Indonesia yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Bonang panerus merupakan satu set gong kecil yang berbusut (gong chime) yang diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Alat muzik ini mempunyai register tinggi dan dimainkan dalam gamelan Jawa dan gamelan Melayu. |
bonang (Indon) | bonang | Kesenian | Tiada | Alat muzik tradisional Jawa dalam kumpulan gamelan. Di dalam gamelan Melayu dikenali sebagai keromong. |
kromong (Mal) | kromong | Kesenian | Tiada | Istilah bonang dalam gamelan Pahang dan Terengganu. |
keromong (Mal) | keromong | Kesenian | Tiada | Istilah lain untuk bonang dalam gamelan Pahang dan Terengganu. |
kempyang (Indon) | kempiang | Kesenian | Tiada | Alat muzik gamelan yang bentuknya sama seperti bonang. |
balungan | balungan | Muzik | Tiada | Melodi asas yang dimainkan oleh alat muzik saron demung, saron barung dan slentem dalam gamelan Jawa. Melodi asas ini diimprovisasi oleh alat melodi lain seperti gambang dan bonang. Balungan bermaksud tulang dalam bahasa Jawa. |
buka | buka | Muzik | Tiada | Muzik intro ringkas yang dimainkan sebagai pengenalan kepada lagu gamelan yang akan menyusul kemudian. Muzik ini biasanya dimainkan oleh salah satu alat muzik melodi seperti bonang, gambang atau rebab, dan alat muzik rentak seperti gendang. |
kerumong | kerumong | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Kerumong merupakan set gong berbusut yang dimainkan dalam muzik gamelan Melayu. Alat muzik ini serupa dengan bonang barung yang dimainkan dalam muzik gamelan Jawa. |
gamelan Jawa | gamelan Jawa | Muzik | Tiada | Ensembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang diperkembang di Surakarta dan Jogjakarta dari awal kurun Masihi. Ensembel ini dimainkan bagi upacara dan hiburan orang bangsawan di istana dan rakyat biasa di desa. Gamelan Jawa juga dipersembahkan untuk mengiringi tarian dan wayang. Alat muzik merangkumi alat yang menandakan masa seperti gong ageng, suwukan, siyem, kempul, kenong, ketuk dan kempyang; alat yang menghasilkan melodi asas seperti saron demung dan saron barung; alat yang membungai melodi asas seperti bonang, gambang, rebab, suling dan celempung serta alat dram seperti gendang, ciblong dan ketipung. Penyanyi pesindhen dan gerong juga membungai melodi asas. Dua jenis skel yang digunakan ialah skel lima ton, iaitu slendro dan tujuh ton, iai |