Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bong.ka/] | بوڠکق

Definisi : pongah, sombong, angkuh: kau jangan takbur dan ~;kebongkakan perihal (sifat dsb) bongkak, kepongahan, kesombongan, keangkuhan: ia bercekak pinggang pula, menampakkan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bong.ka/] | بوڠکق

Definisi : berperasaan tinggi diri; sombong: Orang yg ~, walaupun pandai, tentu dibenci oleh sahabat handai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bongkak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
braggadociobraggadocioKesusasteraanTiadaWatak kudi yang memiliki sifat sombong, bongkak, suka berpura-pura dan bercakap besar, tetapi sebenarnya seorang yang pengecut.
braggadociobraggadocioKesusasteraanTiadaWatak dalam drama komedi Greek dan roman. Watak ini digambarkan sombong, bongkak, bercakap besar, temberang, tetapi sebenarnya pengecut. Contohnya watak Don Adriano de Armada dalam karya Shakespeare berjudul Labour�s Lost. Jika watak braggadocio ialah seorang askar, watak itu digelar mile gloriosus.
genomic duplicationpenduaan genomikBioinformatikBioinformatik MolekulMekanisme utama yang menghasilkan bahan genetik sewaktu proses evolusi. Penduaan genomik merujuk kepada sebarang penduaan kawasan DNA yang mengandungi gen dan terhasil dari kesilapan yang berlaku sewaktu proses replikasi DNA, mekanisme pembaikan atau melalui proses spontan oleh elemen genetik yang bongkak. Contoh mekanisme adalah rekombinasi ektopik, polipoidi.
orientalismorientalismeKesusasteraanTiadaKonsep dunia Timur seperti yang dirakamkan, digambarkan, dibayangkan dan diciptakan oleh Eropah dan dunia Barat. Dalam bidang sastera, orientalisme merujuk kepada wacana Barat mengenai Timur dalam pelbagai disiplin teks sebagai usaha Barat untuk memberikan penerangan dan interpretasi mereka terhadap konsep �Timur� bikinannya sendiri. Di sebalik usaha ini, Barat ingin menguasai kawasan geografi yang luas dan kompleks ini melalui ilmu epistemologi. Strategi penguasaan melalui wacana ini dibongkar dan dianalisis oleh Edward Said dalam bukunya Orientalism (1978) yang dianggap titik permulaan kaedah kritikan pascakolonial. Walau bagaimanapun, orientalisme dalam bentuk wacana bermula pada Zaman Pertengahan melalui teks kembara (Travel Writings) yang menimbulkan minat Barat terhadap Timur. Keadaan ini diikuti oleh fenomena perkembangan empayar Islam pada kurun ke-17 dan ke -18 yang membawa pelbagai cerita, antaranya Hikayat Seribu Satu Malam dari Timur Tengah. Kemuncak orientalisme pada kurun ke-19 dan ke-20 berlaku pada zaman Imperialisme Eropah terutamanya dalam era empayar British. Wacana orientalisme biasanya mengandungi prejudis dan sikap bongkak Barat terhadap Timur. Wacana ini mempamerkan sentimen perkauman yang tebal dan anggapan tidak berasas atau terlampau umum dan menyeluruh. Oleh sebabv �ilmu� mengenai Timur ini disokong oleh jentera dan prasarana Barat, maka hal tersebut dianggap mempunyai kesahihan.

Kembali ke atas