Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.ra] | بورا

Definisi : angin kencang timur laut yg sejuk dan kering yg bertiup menuruni gunung di pantai timur Adriatik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bora


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
boraboraMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin timur laut yang menuruni gunung di pantai timur Adriatik. Angin ini sejuk dan selalunya sangat kering, kadangkala kencang. Ia paling kencang dan kerap berlaku pada musim sejuk, dan wujud di bahagian utara pantai apabila terdapat tekanan tinggi di Eropah dan Balkan dan tekanan rendah di Mediterranean. Sekiranya angin ini wujud akibat lekukan di Adriatik, angin ini diiringi awan gelap dan hujan atau salji. Istilah ini juga digunakan untuk angin yang sejuk dan kencang yang menuruni cerun di tempat lain di dunia.
boraangin boraGeografiTiadaAngin musim sejuk yang sangat dingin. Angin bora dikaitkan juga dengan ribut kencang dan hujan yang sangat lebat.
reshabarreshabarMeteorologiMeteorologi PerhubunganNama yang membawa erti `angin hitam' bagi sejenis angin bora timur laut yang kencang, sangat bergelora dan kering, yang bertiup di banjaran gunung di utara Iraq. Angin ini kering dan agak panas pada musim panas, dan sejuk pada musim sejuk.
local windsangin setempat (local winds)MeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin yang bertiup dalam kawasan terhad, dan disebabkan oleh keadaan tempatan yang berbeza daripada angin akibat kesan taburan tekanan, atau angin yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut keadaan setempat. Angin setempat dikelaskan kepada empat kumpulan utama; i) angin akibat kesan topografi setempat, seperti angin ngarai, angin genting gunung dan kosava; ii) angin antitriptik, seperti bayu laut, bayu darat, angin gunung dan lurah, dan pada skala yang besar angin fohn, cinuk, bora dan mistral; iii) angin tak stabil yang diakibatkan oleh pemanasan setempat, atau akibat aliran udara sejuk, seperti ribut debu, hab dan angin ribut petir; dan iv) angin kencang akibat gradien tekanan yang kuat atau akibat aliran yang tak terganggu di atas permukaan yang rata atau kedua-duanya, seperti khamsin, siroko, ribut salji, buran, dan purga.

Kembali ke atas