diffusion treatment | rawatan peresapan | Buluh | Tiada | Kaedah mengawet buluh yang baru ditebang dengan menggunakan prinsip osmosis. Kaedah ini hanya sesuai untuk bahan pengawet berasaskan air seperti asid borik dan boraks. |
non-fixing type preservatives | bahan pengawet jenis tidak kekal | Buluh | Tiada | Bahan pengawet yang bersifat tidak kekal dalam sel buluh selepas proses pengawetan. Contoh bahan pengawet jenis tidak kekal ialah asid borik dan boraks. |
water-based preservatives | bahan pengawet berasaskan air | Buluh | Tiada | Bahan pelarut berasaskan air yang mengandungi komponen racun kulat dan racun serangga yang digunakan untuk tujuan pengawetan. Contoh bahan pengawet berasaskan air ialah kuprum arsenat berkromat (CCA), boraks, dan asid borik. |
chemical preservation | pengawetan kimia | Buluh | Tiada | Pengawetan buluh menggunakan bahan pengawet, iaitu bahan kimia yang bersifat toksik kepada agen perosak seperti anai-anai, serangga penebuk dan kulat pereput, yang bertujuan untuk melindungi buluh. Antara bahan kimia yang sering digunakan ialah asid borik, boraks dan asetik anhidrida. Sinonim rawatan kimia. |