Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.rong] | بوروڠ

Definisi : secara keseluruhan atau besar-besaran (jual beli, pekerjaan, dll); jual ~ jual keseluruhannya; pedagang ~ orang yg berdagang secara besar-besaran (bukan pedagang runcit); memborong 1. membeli keseluruhannya atau secara besar-besaran: diborongnya habis segala barang dagangan yg datang dr negeri China; 2. melakukan pekerjaan secara keseluruhan hingga selesai: ~ pembuatan jalan;memborongkan 1. menjual keseluruhannya: hasil kebun telah diborongkannya kpd seorang saudagar Cina; 2. memberi pekerjaan kpd seseorang utk dikerjakan seluruhnya: pembangunan gedung ini diborongkan kpd orang yg telah memasukkan tawaran; borongan 1. pembelian (penjualan dll) secara keseluruhan: barang ini tidak dijual satu persatu tetapi ~; 2. pekerjaan dll yg diborongkan: nilai pekerjaan mesti menurut ketentuan dlm perjanjian ~, kalau tidak bangunan itu dirombak kembali; pemborongan perihal atau perbuatan memborong(kan);pemborong 1. orang yg membeli keseluruhannya atau secara besar-besaran: hasil kebun itu dijualnya kpd seorang ~; 2. orang yg melakukan pekerjaan keseluruhannya: kontrak mendirikan bangunan itu diberikan kpd seorang ~ Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.rong] | بوروڠ

Definisi : secara keseluruhan atau secara banyak-banyak (biasanya ttg jual beli atau pekerjaan); tidak secara runcit atau tidak berdikit-dikit: membeli ~ membeli semuanya sekali; pasar ~ pasar tempat menjual barang-barang secara borong. memborong 1 membeli semuanya sekali; membeli secara borong: Syarikat Syamelin telah ~ kelapa dr beberapa daerah di Selangor. 2 membuat sesuatu pekerjaan kesemuanya hingga selesai: Syarikat mana yg ~ pembinaan jambatan itu? memborongkan 1 menjual sesuatu banyak-banyak: Kaum nelayan di kampung itu ~ semua hasil tangkapan mereka kpd seorang peraih. 2 memberikan pekerjaan dsb kpd seseorang atau syarikat utk diselesaikan seluruhnya: Kerajaan negeri telah ~ pembinaan bangunan pejabat itu kpd syarikat asing. pemborongan perbuatan (cara dsb) memborong atau memborongkan. pemborong 1 orang yg membeli secara banyak-banyak atau keseluruhannya. 2 orang (syarikat dsb) yg membuat sesuatu pekerjaan hingga selesai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata borong

Puisi
 

Ada satu burung tiung,
     Turun ke kolam mandikan anak;
Bukankah baik beli borong,
     Timbang kati untung tak banyak.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wholesale travel agentejen pelancongan borongPelanconganTiadaWakil yang menyediakan pakej pelancongan untuk dijual secara borong kepada pelanggan.
wholesale pharmacyfarmasi borongSains KesihatanTiadaAmalan farmasi yang membekalkan barangan atau peralatan kepada pihak kedua secara runcit.
wholesale merchandisingperdagangan borongPentadbiran PerniagaanTiadaAktiviti penjualan produk dalam kuantiti yang banyak, biasanya bertujuan untuk dijual semula kepada pedagang lain.
wholesale funddana borongSukanTiadaDana berjumlah besar yang dipinjamkan oleh institusi kewangan dalam�pasaran wang untuk dijadikan modal dan pembiayaan.
wholesale group insuranceinsurans kumpulan boronginsuransTiadaPelan yang melindungi kumpulan yang setiap peserta diberi polisi individu dengan peruntukan standard tetapi diberi faedah yang berbeza. Setiap individu dikenakan pengunderaitan tersendiri. Polisi seperti ini biasanya dikeluarkan bagi kumpulan yang kecil yang tidak layak mendapat perlindungan insurans kumpulan biasa. Polisi ini biasanya dijual kepada para pekerja dengan persetujuan atau kebenaran majikan mereka.
purchase taxcukai belianEkonomiTiadaCukai ad valorem yang dikenakan terhadap harga borong barang-barang tertentu yang bukan barang perlu. Cukai belian dibayar oleh pengguna kepada peruncit yang membayar cukai kepada kerajaan. Cukai belian ialah sejenis cukai tak langsung.
trade discountdiskaun perdaganganEkonomiTiadaPotongan ke atas harga barang yang disenaraikan dalam katalog barang oleh penjual borong atau pembekal kepada peruncit yang dapat membayar hutang lebih cepat daripada tempoh yang ditetapkan. Misalnya, diskaun perdagangan akan diberi jika pembeli boleh membayar dalam tempoh 7 hari bagi suatu pembelian kredit yang diberi tempoh pembayaran selama 30 hari.
wholesaler’s licenselesen pemborongHerbaPeraturan dan PemasaranSurat kebenaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada syarikat yang menjalankan aktiviti jual beli secara borong. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), lesen pemborong bagi produk berdaftar dikeluarkan oleh Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Farmasi kepada syarikat khusus untuk sesuatu premis.
manufacturer licenselesen pengilangHerbaPeraturan dan PemasaranLesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada individu untuk mengeluarkan produk berdaftar dan menjual produk secara borong atau membekalkan produk. Menurut Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik, lesen pengilang adalah sah untuk tempoh satu tahun bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember pada tahun yang sama. Lesen ini perlu dimohon selepas produk didaftarkan.
wholesalerpemborongHerbaPeraturan dan PemasaranSyarikat yang menjalankan aktiviti jual beli produk secara pukal. Menurut Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik, pemborong harus mempunyai lesen untuk menjual secara borong atau membekal produk berdaftar kepada peruncit.
12

Kembali ke atas