Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.ros] | بوروس

Definisi : 1. terbuka, terurai, lepas (tali yg diikatkan); 2. tidak hemat, suka mengeluarkan wang berlebih-lebih, suka memakai barangbarang berlebih-lebih: ia hidup terlalu joli dan ~; kalau ~ lekas kerugian prb orang yg boros itu akhirnya beroleh kesusahan; berboros berlaku boros: mereka menjaga diri drpd ~ atau berhutang;memboroskan mengeluarkan (membelanjakan) wang berlebih-lebihan (membuang-buang wang), menggunakan barang-barang dll berlebih-lebihan (dgn cara yg membazir): ia banyak ~ harta bapanya;keborosan keadaan boros, sifat boros; pemborosan perihal boros atau memboroskan, perbuatan memboroskan (wang, barang, dll);pemboros orang yg boros atau bertabiat boros. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.ros] | بوروس

Definisi : 1 terbuka atau terurai (ttg tali yg diikatkan); lepas: Tali gasingnya ~. 2 suka membelanjakan wang secara berlebih-lebihan; tidak hemat: Orang yg ~ tidak akan menjadi kaya. memboroskan menggunakan (wang dsb) dgn berlebih-lebihan atau terlalu banyak: Anak muda itu ~ harta benda peninggalan orang tuanya. pemboros orang yg boros atau tidak hemat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boros

Peribahasa

Diperbesar isap (hisap),
     hitam bibir.

Bermaksud :

Membelanjakan wang dengan boros dan akhirnya hidup melarat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
otioseboros gayaKesusasteraanPuisiPenggunaan bahasa yang tidak terkawal. Sama ada kata, frasa, kalimat mahupun pembinaan baris sewaktu mengungkapkan pemikirannya.

Kembali ke atas