Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bot] | بوت

Definisi : sj kenderaan kecil yg bergerak di atas air, yg biasanya membawa sejumlah kecil penumpang; ~ bomba bot yg digunakan oleh perkhidmatan bomba utk memadamkan kebakaran di laut (kapal dsb); ~ laju bot berkuasa tinggi yg berupaya bergerak dgn laju sekali; ~ nelayan bot yg digunakan oleh nelayan utk menangkap ikan, udang dsb; ~ penyelamat bot yg digunakan utk operasi menyelamatkan orang di laut dsb; ~ ronda bot yg digunakan utk meronda (biasanya oleh pasukan polis atau kastam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bot] | بوت

Definisi : sj perahu yg diberi berenjin. ~ laju bot berkuasa tinggi yg berupaya bergerak dgn sangat laju. ~ penyelamat bot yg digunakan utk operasi menyelamatkan orang di laut, sungai dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bot


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
houseboatrumah botPelanconganTiadaBot yang direka bentuk atau diubah suai untuk dijadikan tempat tinggal. Kebanyakan rumah bot tidak menggunakan motor kerana diikat pada pancang untuk mengelakkannya daripada bergerak.
ferry boatbot feriPelanconganTiadaPengangkutan air berukuran kecil yang berulang-alik untuk membawa penumpang, barangan dan kenderaan kecil, seperti motosikal dan basikal.
powerboating sportssukan bot lajuSukanTiadaTiada
water taxiteksi airPelanconganTiadaPengangkutan air seperti perahu, bot dan feri yang disewa untuk membawa penumpang dan barangan ke sesuatu tempat.
flotilla cruisingjelajah flotilaPelanconganTiadaPelayaran untuk bersiar-siar secara berkumpulan pada kelajuan yang sama dengan menggunakan bot atau kapal.
heavelambungSains MarinTiada1. Turun naik ombak atau laut secara menegak. 2. Pergerakan pembauran kapal atau bot mengikut paksi menegak. 3. Pergerakan bersih bagi jisim terapung yang terhasil daripada tindakan ombak.
bow fenderdapra (ha)luanPelayaranTiadaGumpalan tali usang yang berbalut dan mengecil pada kedua-dua hujung, dipasang melintang pada linggi bot tunda.
Cyperus papyrusCyperus papyrusPerikananAkuakulturTumbuhan timbul daripada Cyperus sp. yang tumbuh banyak di kawasan paya. Keratan rentas batangnya berbentuk segi tiga dan di hujung batangnya mempunyai cabang-cabang batang yang halus dan berbunga. Jambangan bunganya bersaiz 10 – 30 cm. Cyperus papyrus juga boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 4 – 5 m. Penduduk Mesir Purba menggunakan Cyperus papyrus untuk membuat kertas, bakul, bot, selimut, selipar dan ubat-ubatan.

Kembali ke atas