botanical croton (Croton tiglium) | cengkian (Croton tiglium) | Pertanian | Tiada | Tiada |
botanical garden | taman botani | Pertanian | Tiada | Tiada |
botanical relationship | perhubungan botani | Pertanian | Tiada | Tiada |
botanical beverage | minuman herba | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
botanical beverage | minuman botani | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
botanical sampling | pensampelan botani | Veterinar | Tiada | Kaedah pensampelan yang dilakukan untuk mengetahui kandungan jenis-jenis pokok yang tumbuh dan peratus taburannya di suatu kawasan tertentu. Antara cara yang dilakukan ialah dengan meragut menggunakan tangan secara rawak. Contoh rumput dan dedaun yang didapati akan dianalisis jenis-jenis, kandungan kimia dan hasil bahan keringnya. Cara yang lebih sistematik ialah dengan menggunakan kuadrat 1 m x 1 m dan dicampakkan secara rambang. Kandungan spesies direkodkan dan diberi skor atau peratus kawasan yang diwakili oleh setiap spesies dalam kuadrat tersebut. Dengan mengambil banyak sampel, kandungan keseluruhan tumbuhan di kawasan tersebut dapat diketahui dan dinilai untuk tujuan tertentu seperti untuk ragutan ternakan atau untuk kajian suksesi dalam bidang ekologi. |
botanical variety | varieti botani | Pertanian | Agronomi | Pecahan sesuatu spesies tanaman atau tumbuhan yang mempunyai perbezaan ciri-ciri kecil seperti rupa atau warna. Contohnya, rambutan boleh dipecahkan kepada varieti botani yang berbeza mengikut warna kulit buah, sama ada kuning (varieti gading) atau varieti merah. Varieti botani terhasil secara semula jadi atau diwujudkan dengan proses pemilihan, contohnya nanas varieti Josapine diwujudkan dengan proses kacukan dan pemilihan nanas yang manis isinya. |
botanical pesticide | racun perosak botani | Biologi | Ekologi | Bahan kimia, seperti nikotina, striknina atau piretron, yang dihasilkan oleh tumbuhan, dan digunakan untuk mengawal perosak. |
Identification | Pengecaman | Pertanian | Tiada | Proses mengenal pasti serta mengelaskan takson tumbuhan kepada famili, genus, spesies, subspesies dan lain-lain mengikut Kod Tatanama Botani Antarabangsa (International Code of Botanical Nomenclature). Kaedah ini akan menentukan samada tumbuhan tersebut telah dikenalpasti sebelumnya atau merupakan spesies baru. Proses ini penting untuk mengecam tumbuhan dengan tepat. |
identification | pengecaman | Herba | Botani dan Bioteknologi | Proses mengenal pasti serta mengelaskan takson tumbuhan kepada famili, genus, spesies, subspesies dan lain-lain mengikut Kod Tatanama Botani Antarabangsa (International Code of Botanical Nomenclature). Kaedah ini akan menentukan sama ada tumbuhan tersebut telah dikenal pasti sebelumnya atau merupakan spesies baru. Proses ini penting untuk mengecam tumbuhan dengan tepat. |