Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[brék] | بريک

Definisi : alat utk menghentikan gerakan atau mengurangkan kelajuan kenderaan (kereta, basikal, dll): apabila ia menekan ~, keretanya berhenti; ~ angin brek yg menggunakan udara mampat, terutamanya pd kenderaan berat spt lori dan bas; ~ gelendong sistem brek kenderaan yg kepingan logam melengkungnya menekan permukaan dalam gelendong logam yg berputar apabila membrek; ~ hidraulik sistem brek kenderaan bermotor yg menggunakan tekanan hidraulik; ~ kaki brek yg ditekan dgn kaki utk memberhentikan atau memperlahankan kenderaan (kereta, motosikal dsb); ~ piring = ~ cakera sistem brek kereta dsb yg menggunakan geseran sepasang pad yg ditekan pd cakera brek yg berputar pd hab roda; ~ tangan a) brek kenderaan (spt kereta, lori dsb) yg dikendalikan dgn tangan, digunakan apabila kenderaan tidak bergerak; b) brek pd hendal motosikal (basikal dsb) yg dikendalikan dgn tangan; membrek menekan (menarik) brek: drebar ~, dan lori itu terhenti di tepi jalan; membrekkan menghentikan gerakan atau mengurangkan kelajuan dgn menekan (menarik) brek: ia ~ keretanya tidak berapa jauh dr simpang empat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[brék] | بريک

Definisi : /brék/ alat yg digunakan utk menghentikan jentera, kereta dsb. ~ hidraulik sistem brek kenderaan bermotor yg menggunakan kuasa mekanikal yg terhasil drpd cecair yg bergerak dlm saluran atau paip yg diberi tekanan. membrek menekan atau menarik brek utk menghentikan kereta dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata brek


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brake liningpelapik brekKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahan yang biasanya diperbuat daripada campuran asbestos, yang dipasang pada kasut brek. Bahan ini akan terhakis apabila kasut brek ditekan melawan gelendong brek.
drum brakebrek gelendongKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem brek yang menggunakan kasut brek melengkung, yang ditekan pada permukaan dalam gelendong logam yang berputar.
brake boosterpenggalak brekKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang dipasang pada hujung pam induk brek untuk membantu kecekapan brek.
wear sensorpenderia hausKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang dipasang di dalam kasut brek atau angkup brek untuk mengesan kehausan pelapik brek.
disc brakebrek cakeraKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem brek yang terdiri daripada cakera, angkup, dan pelapik brek.
caliperangkupKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan Kereta(1) Alat untuk mengukur diameter silinder atau sfera. (2) Alat yang terdapat dalam brek cakera, yang merupakan bekas untuk lapik brek dan omboh brek.
brake sistemsistem brekKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem yang terdiri daripada silinder induk, salur brek, silinder roda dan kasut brek yang digunakan untuk memberhentikan kenderaan.
self adjustedmelaras diriKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMekanisme yang digunakan pada brek cakera dan brek gelendong, yang melaras secara automatik ruang lega antara pelapik dengan cakera atau gelendong.
brake mean effective pressuretekanan berkesan purata brekKejuruteraan AutomotifEnjinTekanan yang bertindak atas omboh dan menghasilkan kuasa brek output yang mewakili kuasa sebenar yang dihantar ke aci engkol. Tekanan ini tidak mengambil kira geseran yang ber- laku pada aksesori enjin. Nilai ini digunakan sebagai penunjuk kilasan dan biasanya diukur dengan menggunakan brek dinamometer pada tapak uji enjin.
brake padpad brekSukanLumba BasikalPelapik brek yang mencengkam rim
123456

Kembali ke atas