Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bro.mi.da] | بروميدا

Definisi : (Kim) sebatian yg terdiri drpd bromine dgn unsur lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bro.mi.da] | بروميدا

Definisi : ist sebatian yg mengandungi bromin dgn unsur lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bromida


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bromide poisoningkeracunan bromidaKimiaForensikKeracunan akibat penggunaan dalam tempoh yang lama sebatian bromida yang digllnakan dalam perawatan epilepsi, sebagai sedatif dan sebagai depresan sistem saraf pusat. Contoh sebatian bromida yang digunakan ialah natrium bromida, kalium bromida, ammonium bromida, dan karbromal. Ketoksikan boleh berlaku pad a aras bromida darah melebihi 0.2 mg/rnL. Kepekatan toksik ialah 0.5 mg/mL. Tanda utama keracunan bromida ialah kekeliruan mental. Bagi keracunan akut, dos besar menyebabkan loya dan muntah, sakit abdomen, koma dan kelumpuhan. Keracunan kronik akibat dos berlebihan menyebabkan kekeliruan, kerengsaan, terketar-ketar, hilang ingatan, anoreksia, sakit kepala, pertuturan tidak jelas, delusi, kelakuan psikotik, ataksia, stupor, dan koma. Penemuan patologi ialah pneumonia dan edema pulmonari. Sinonim brominisme.
bromidebromidaKimiaTiadaSebatian dedua yang mengandungi bromin dengan unsur lain. Bromida logam biasanya bersifat ion, seperti natrium bromida, Na+Brˉ, manakala bromida bukan logam bersifat kovalen, seperti fosforus tribromida, PBr3.
pallet techniqueteknik untilKimiaKimia AnalisisTeknik penyediaan sampel pepejal bagi pengukuran spektroskopi inframerah. Ia melibatkan percampuran sampel dengan kalium bromida yang dijadikan serbuk halus dan dileperkan di bawah tekanan 60 000 – 100 000 psi untuk membentuk cakera lutsinar. Selain kalium bromida, sesium iodida, sesium bromida boleh juga digunakan.
decamethonium bromideDecamethonium bromidaPerubatanTiadaGaram bromida dekametonium yang digunakan sebagai pengendur otot.
bromide paperkertas bromidaKimiaTiadaKertas fotografi yang mengandung argentum bromida, AgBr.
bromidebromidaGeologiTiadaGaram asid hidrobromik, sebatian binari bromin yang bergabung dengan suatu unsur atau radikal, digunakan sebagai depresan sistem saraf pusat.
bromidebromidaKimiaTiadaGaram asid hidrobromik, sebatian binari bromin yang bergabung dengan suatu unsur atau radikal, digunakan sebagai depresan sistem saraf pusat.
bromidebromidaKimiaTiadaTiada
gold bromideemas bromidaFizikTiadaTiada
barium bromidebarium bromidaFizikTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas