Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bua.ngan] | بواڠن

Definisi : 1. sesuatu yg dibuang (sampah dll); 2. (orang) yg dibuang (dihukum buang); 3. berada (dibentuk) di negeri asing kerana tidak dibenarkan (diharamkan) di negeri sendiri: kami tetap pewaris takhta itu walaupun kami hidup dlm ~; kerajaan ~ kerajaan yg dibentuk di negeri luar (utk melawan kerajaan yg ada); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
e-wastee-buangan/e-sisaAlam SekitarTiadaBuangan barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi atau usang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan pendingin hawa secara berjadual di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar.
pollutantpencemarSains dan TeknologiTiadaKumbahan, buangan industri, atau bahan lain yang membahayakan atau tidak diingini yang akan menurunkan mutu air.
blackwaterair sisa najisAlam SekitarTiadaAir buangan atau kumbahan daripada tandas.
recyclable wastesisa boleh kitar semulaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauBahan buangan yang boleh digunakan semula. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai bahan mentah lain, bahan api dan produk baharu untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan aktiviti pengurusan sisa.
pollutantpencemarGeografiTiada2. Sebarang bahan kimia yang beracun dan bahan-bahan buangan yang merosak ketulenan air, bumi/tanah atau atmosfera.
oxidation pondkolam oksidasiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaTapak pengumpulan/pemprosesan air buangan.
sewage treatmentrawatan kumbahanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses menghilangkan bahan cemar daripada sisa buangan domestik atau industri.
waste generationpenjanaan sisaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPenghasilan bahan atau produk yang memasuki aliran buangan sebelum dikitar semula, dikompos, disaring, dibakar atau dilupus.
pollutantpencemarFarmasiTiada1. Sesuatu yang mencemarkan.,2. Sebarang bahan kimia yang beracun dan bahan-bahan buangan yang merosak ketulenan air, bumi/tanah atau atmosfera.
stack monitoring systemsistem pemantauan cerobongSains NuklearKejuruteraan ReaktorPepasangan yang digunakan untuk memantau pelepasan bahan buangan ke atmosfera melalui cerobong.
12

Kembali ke atas