Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bua.tan] | بواتن

Definisi : 1. hasil pekerjaan: kasut ~ tempatan;baju ~ sendiri; 2. sesuatu yg dikerjakan, kerja: tak lain ~nya hanyalah berleter setiap hari; 3. cara (pekerjaan) membuat: rumah ini baik ~nya; 4. yg dibuat (manusia), dr alam (tidak asli): baja ~; bunga ~; 5. hasil ilmu ghaib: penyakitnya ini ~ orang; 6. = buat-buatan yg dibuat-buat, tidak sungguh-sungguh, pura-pura: sakit ~; tidur ~; bukan ~ bukan main-main, amat sangat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.tan] | بواتن

Definisi : 1 sesuatu yg telah dibuat atau dikerjakan; hasil drpd membuat sesuatu; bikinan: Belilah barang-barang ~ Malaysia. 2 apa-apa yg dibuat atau dikerjakan: Tak ada lain ~nya sehari-hari melainkan berbual di kedai-kedai kopi. 3 hasil membuat: Kerusi ini cantik betul ~nya. 4 yg dibuat oleh manusia; tidak asli: bunga ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buatan

Puisi
 

Tepak ini buatan Palembang,
     Mari dialas dengan kertas;
Jangan adik berhati bimbang,
     Benda di tangan tidak terlepas.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bertampar biar sama bercincin,
     bertendang biar sama bersepatu,
bercakar biar sama bercangggai.

Bermaksud :

Mencari lawan biarlah dengan orang yang sepadan dengan kita. canggai = kuku buatan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tissue engineeringkejuruteraan tisuFizikNanoteknologiTeknik untuk meningkatkan fungsi biologi tisu, membaiki atau menggantikan sebahagian atau keseluruhan tisu menggunakan pengetahuan sel, kejuruteraan, bahan, biokimia, dan fisiokimia. Contoh tisu ialah tulang, rawan, salur darah, dan pundi. Kejuruteraan tisu dapat menghasilkan organ buatan seperti pankreas buatan dan hati buatan.
weak artificial intelligence (AI)kecerdasan buatan lemahTeknologi MaklumatTiadaLihat kecerdasan terhad buatan.
strong artificial intelligence (AI)kecerdasan buatan kukuhTeknologi MaklumatTiadaLihat kecerdasan umum buatan.
artificial bonetulang buatanFizikNanoteknologiBahan semula jadi atau sintetik yang dihasilkan untuk menggantikan fungsi tulang manusia yang asal. Kaedah pembuatan tulang buatan ini tergolong dalam nanoskil biostruktur.
artificial proteinprotein buatanFizikNanoteknologiSatu protein yang disintesis secara kimia dan molekulnya direka bentuk supaya sesuai dengan tujuan penggunaan tertentu. Reka bentuk molekul protein biasanya dilakukan menggunakan algoritma komputer. Protein asli merupakan terbitan daripada proses biologi. Protein buatan berpotensi digunakan dalam perubatan, biopenderia dan pelbagai peranti elektronik.
artificial photosynthesisfotosintesis buatanFizikNanoteknologiProses yang dilakukan oleh manusia dalam usaha meniru proses tabii fotosintesis bagi mensintesis karbohidrat daripada gas karbon dioksida, air dan tenaga cahaya matahari. Proses ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan sumber tenaga alternatif daripada sinaran matahari. Terdapat beberapa pendekatan untuk menghasilkan fotosintesis buatan, salah satunya ialah sel suria elektrokimia yang menggunakan bahan semikonduktor TiO2 berstruktur nanozarah atau nanorod sebagai fotoanod.
mating typejenis mengawanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah mengawan, iaitu sama ada secara semula jadi atau buatan. Jenis mengawan semula jadi berlaku secara rawak atau melalui pemilihan sebelum mengawan manakala jenis mengawan buatan pula menggunakan kaedah permanian beradas atau in vitro.
artificial dryingpengeringan buatanHerbaTiadaKaedah pengeringan bahan herba dalam ketuhar atau alat pengering suria yang dialirkan udara panas. Bahan herba yang besar dan tebal perlu diracik dan diserakkan membentuk lapisan nipis untuk mempercepat pengeringan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk bahan herba yang tahan panas. Contohnya, pengeringan akar tongkat ali dan kacip fatimah.
artificial immunitykeimunan buatanKejururawatanTiadaKeimunan yang diakibatkan oleh pendedahan secara sengaja kepada antigen.
artificial pacemakerperentak buatanKejururawatanTiadaAlat elektrik yang diletakkan dalam jantung dengan tujuan merawat jantung yang mengalami masalah konduksi.
123456

Kembali ke atas