Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budi baik

Puisi
 

Banyak ubi perkara ubi,
     Ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     Budi baik saya kenangkan.


Lihat selanjutnya...(230)
Peribahasa

Ulat lupakan daun.

Bermaksud :

Lupa akan budi baik orang.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pantoumpantunKesusasteraanPuisiBentuk puisi yang terdiri daripada empat baris dalam seuntai. Rima akhirnya terdiri daripada rima yang berselang a b a b. Setiap baris biasanya dibentuk oleh ernpat kata yang terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata. Pantun biasanya digunakan dalam percintaan, nasihat, adat, agama, didaktik, falsafah dan lain-lain. Contohnya, Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga.
pantun budipantun budiKesusasteraanPuisiTema dan pemikiran yang diungkapkan oleh penciptanya adalah berhubungan dengan budi. Puisi ini bertujuan untuk membentuk kemuliaan hati seseorang. Contohnya, Bila memandang ke muka laut, Nampaklah sampan mudik ke hulu; Hati terkenang rnulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu.
cross rhymerima silangKesusasteraanTiadaRima yang terdapat di bahagian tengah sesuatu puisi panjang dan mempunyai persamaan dengan baris ayat puisi yang berikutnya. Contohnya adalah seperti yang berikut: Will ye bridle the deep sea with reins, Will ye chasten the high sea with rods? Will ye take her to chain her with chains, who is order than all ye Gods? Dalam kontes kesusasteraan Melayu, maksud rima silang ditemui dalam genre pantun empat kerat. Dalam pantun, baris pertama mempunyai rima hujung dengan baris ketiga, sementara hujung baris kedua akan berima dengan hujung baris keempat. Rima silang juga terdapat di tengah baris pantun, iaitu antara baris pertama dengan baris ketiga, dan baris kedua dengan baris keempat. Contohnya adalah seperti yang berikut: Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang jua.
pantoumpantunKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang ketat konvensinya. Pantun kebanyakannya terdiri daripada empat baris satu rangkap. Dua baris pertama sebagai pembayang maksud dan dua baris seterusnya sebagai maksud. Pantun yang sedemikian disebut sebagai pantun empat kerat. Terdapat juga pantun enam, lapan, sepuluh, dan dua belas kerat. Pantun terpendek ialah pantun dua kerat dengan baris pertama sebagai pembayang dan baris kedua sebagai maksud. Selain itu, terdapat juga bentuk pantun yang menarik dan disebut sebagai pantun berkait. Dalam pantun berkait, baris kedua dan keempat pada rangkap pertama menjadi baris pertama dan ketiga untuk rangkap seterusnya. Pantun berkait boleh terdiri daripada berbelas-belas rangkap dengan tema yang berurutan. Setiap rangkap pantun boleh berdiri sendiri dan mengandungi unit makna yang utuh, kecuali pantun berkait yang maknanya berkembang mengikut rangkap yang lain. Baris pantun terdiri daripada tiga atau empat patah perkataan dengan pola rimanya, a,b,a,b, dan setiap patah perkataan terdiri daripad 3-4 suku kata dengan suku katanya antara 7�12. Baris pantun disusun dengan pola rima hujungnya: a,b,a,b, kecuali pantun dua kerat yang memperlihatkan pola rima a,a. Pantun yang baik harus memperlihatkan pola rima dalaman (a ,b, a, b). Bentuk barisnya yang terikat kepada suku kata dan pola rima yang tegar memerlukan pemilihan kata-kata yang bernas dan bijak. Pantun dianggap sebagai puisi Melayu asli dengan ciri-ciri bentuk yang amat unik dan indah. Contoh pantun yang baik adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan/Jauh ke tengah, rimanya, a/a (9 suku kata) Gunung Daik/bercabang tiga; rimanya, b/b (9 suku kata) Hancur badan/dikandung tanah, rimanya, a/a (9 suku kata) Budi baik/dikenang juga. rimanya, b/b (9 suku kata) Keindahan pantun terletak pada penggunaan imageri dalam baris pembayang maksudnya. Pembayang maksud selalunya menggunakan imej alam semula jadi sebagai metafora dan perbandingan. Pantun menggarap pelbagai tema, antaranya pantun nasihat, adat, agama, percintaan, didaktik, falsafah, kesateriaan dan sebagainya. Pantun merupakan puisi tradisional yang paling popular, masih terus hidup dan dicipta sehingga ke hari ini.
selokaselokaKesusasteraanTiadaPuisi Melayu tradisional yang tidak tetap bentuknya dari segi rangkap, baris, dan rima. Tujuan seloka adalah untuk berhibur, bersenda dan berjenaka. Kadang-kadang seloka bersifat menyindir dan mengejek. Bahasanya amat sinis serta tajam tetapi disampaikan dengan nada berseloroh dan berjenaka. Biasanya, seloka tidak panjang tetapi berangkap dan barisnya amat padat. Contoh seloka berjudul �Seloka emak Si Randang� adalah seperti yang berikut: Baik budi Emak si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuh, Anak di pangkuan dilepaskan, Kera di hutan disusui, Awak pulang kelaparan, Beras habis, padi tak jadi. Contoh seloka yang lain ialah: Candu dibungkus kain palas, Makan dia mata bilas-bilas, Mandi segan kerja alas, Harta orang hendak digalas. Seloka berasal daripada bahasa Sanskrit shloka yang bermaksud �pujian atau pemujaan�. Shloka terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabharata�.
rhymerimaKesusasteraanTiadaBunyi yang sama pada huruf akhir atau suku kata akhir dalam baris-baris puisi yang memunculkan satu pola bunyi yang jelas. Contohnya dalam pantun dan gurindam. Rima juga boleh ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima begini disebut sebagai rima tengah. Contoh rima dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Skema rima mengikuti suatu bentuk yang tetap atau bentuk yang longgar. Skema rima termudah dapat dilihat dalam bentuk kuplet. Contoh skema rima ialah: a,a,b,b, dan c,c atau bentuk kuatrin: a,b,a,b dan a,b,b,a. Lihat juga rima ekasuku, rima feminin, rima tengah.
epigramepigramKesusasteraanTiadaPuisi pendek yang bernas serta mengandungi fikiran yang bijak dan menyindir. Bahasa yang digunakan dalam epigram biasanya puitis dan pendek tetapi mengandungi buah fikiran yang baik, halus, menari dan mendalam maknanya. Epigram berfungsi sebagai panduan atau petunjuk kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sesetengah epigram dijadikan kata-kata hikmat yang sering diingat dan dihafal sebagai panduan. Ada kalanya, bahasa puitis dalam epigram mempunyai nada yang menyindir, khususnya pada golongan manusia tertentu. Mulai abad ke-16, karya berbentuk epigram menjadi salah satu genre kesusasteraan penting di England. Antara tokoh penting dan berwibawa dalam bidang ini ialah Jonson, Drummond, Dryden dan Swift. Kini, epigram digunakan semula oleh pengarang dalam karya moden untuk menyampaikan amanat tertentu. Kesusasteraan Melayu tradisional kaya dengan unsur-unsur epigram yang boleh ditemui dalam pelbagai ungkapan, bidalan, pepatah, perumpamaan dan peribahasa. Unsur epigram merupakan salah satu bahan pengajaran dan pendidikan yang penting kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana dalam karya epigram, terdapat unsur-unsur yang memperlihatkan ketinggian dan kehalusan pemikiran dan budi bahasa masyarakat Melayu zaman silam. Epigram berasal daripada perkataan Yunani epigramma yang bermaksud �unsur pengajaran, didaktik, dan nasihat�. Contoh epigram Melayu dalam bentuk peribahasa adalah seperti yang berikut: Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna. Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa. Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.

Kembali ke atas