Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.jang] | بوجڠ

Definisi : 1. tidak beristeri, tidak (belum) bersuami: sahabat-sahabat lelaki yg masih ~ lagi menghadiahkan sebuah puan kepadanya; 2. orang (laki-laki atau perempuan) yg sudah dewasa (sudah boleh berkahwin): di mana ~ yg tadi itu; 3. janda (perempuan); ~ bercerai janda yg diceraikan suaminya; ~ jalang perempuan jalang; ~ talang janda yg tidak mempunyai anak; 4. pelayan, pembantu rumah, jongos: lampu minyak tanah sudah lama dipasang oleh ~nya; 5. ki tidak berkawan, bersendirian; katil ~ katil utk satu orang; kopi (air) ~ kopi (air) sahaja (tidak bersama kuih dll); 6. bk kemaluan laki-laki; ~ dan khunsa jenis pokok yg bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pd pokok yg berlainan; ~ sabilillah sl tentera dlm perang suci; ~ serta khunsa jenis pokok yg bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pd pokok yg sama; bak ~ jolong berkeris (bersubang) prb orang yg sombong kerana kekayaan (kebahagiaan) yg baru diperoleh; bak ~ setahun sudah betetak, bak gadis setahun sudah memanjangkan gombak prb orang yg menjadi sombong kerana mendapat kekayaan (kemuliaan); membujang 1. hidup dgn tidak (belum) berkahwin: hidup ~ takkan semuanya lengkap; 2. bekerja sbg bujang (pembantu rumah): ia ~ kpd orang kaya; 3. Kl bersetubuh dgn pelacur; pembujangan perihal membujang, hidup membujang: dlm Islam, tidak digalakkan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.jang] | بوجڠ

Definisi : ; pebujangan, pembujangan, perbujangan; balai perbujangan sj balai di istana; jong ~ sj jong kerajaan; pedang perbujangan sj pedang kerajaan Perak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.jang] | بوجڠ

Definisi : ; ~ semalam sj tumbuhan (herba), rumput tahi babi, Tarenna fragrans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.jang] | بوجڠ

Definisi : 1 belum berkahwin lagi, baik lelaki mahupun perempuan: Bapa saudaranya itu masih ~ walaupun sudah berumur tiga puluh lima tahun. 2 anak lelaki atau perempuan yg sudah dewasa atau yg sudah boleh berkahwin: Siapa namanya ~ yg membawa kopi itu? 3 orang lelaki yg bekerja di rumah orang; jongos: Tempat tidurnya sudah dikemaskan oleh ~nya. 4 tidak berpasangan atau tidak berkawan; tunggal: katil ~ katil yg muat hanya seorang saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bujang

Puisi
 

Kalau nak hujan hujanlah hari,
     Boleh saya menutup petak;
Kalau nak bujang bujang sekali,
     Boleh saya nak masuk mintak.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Seperti gadis jolong bersubang,
     bujang jolong berkeris.

Bermaksud :

Sangat sombong kerana kekayaan (kemuliaan) yang baru diperolehnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Bujang SelamatBujang SelamatKesenianDrama dan TeaterPengasuh raja atau putera raja dalam sesebuah drama yang mengisahkan peristiwa berkaitan dengan golongan bangsawan seperti Pakyung, iaitu watak raja yang menggunakanpanggilan “Awang” untuk pengasuhnya dalam persembahan Makyung. SinonimAwang Selamat.
pola bujangpola bujangKesenianTiadaMotif ukiran yang mempunyai gaya bebas atau berdiri sendiri yakni tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung, lazimnya menggunakan unsur tumbuhan, kosmos dan makhluk hidup seperti bentuk kuntum bunga, putik buah, bulan, bintang, matahari dan sebagainya. pola putu
single roombilik bujangPentadbiran PerniagaanTiadaBilik yang mempunyai satu katil bujang.
single bedkatil bujangPentadbiran PerniagaanTiadaKatil yang berukuran kira-kira 36"x75" yang biasanya untuk seorang penginap dalam bilik bujang.
single bedkatil bujangPentadbiran PerniagaanTiadaKatil yang berukuran kira-kira 36"x75" yang biasanya untuk seorang penginap dalam bilik bujang.
farcefarsaKesusasteraanTiadaSejenis komedi yang dipersembahkan secara berlebih-lebihan oleh pendukung wataknya bertujuan untuk mencetuskan unsur lawak jenaka. Farsa dipersembahkan dengan memberikan penekanan kepada aksi fizikal yang lucu, watak yang dibesar-besarkan, plot yang rumit, peristiwa yang tidak munasabah, dan kerap kali bersifat sindiran seksual. Farsa bukan seperti komedi biasa yang hanya mencetuskan gelak ketawa, tetapi farsa turut membuat komentar dan sindiran tentang kehidupan sosial manusia. Farsa dipercayai berasal dari zaman Yunani dan berkembang pada zaman Rom, Perancis, dan Jerman pada kurun ke-13. Seterusnya farsa berkembang di England pada kurun ke-16, Farsa bermula pada awal kurun ke-20, tetapi digantikan dengan jenis filem seperti The Three Stooges dan Charlie Chaplin. Contoh farsa dalam karya tempatan ialah siri filem Bujang Lapok, iaitu Pendekar Bujang Lapok, Bujang Lapok, dan Seniman Bujang Lapok. Farsa berasal daripada perkataan Latin farcire bermaksud �mengisi�.
bachelorbujangKependudukanTiadaSeseorang lelaki yang belum pernah kahwin.
bachelorbujangSosiologiTiadaSeseorang lelaki yang belum pernah kahwin.
bachelorbujangUndang-undangTiadaSeseorang lelaki yang belum pernah kahwin.
backstage assistantbujang pentasKomunikasiTiadaPetugas pentas yang membantu dalam persiapan set, penyediaan busana dan perhiasan pelakon dalam sesuatu persembahan. pembantu belakang.
12345

Kembali ke atas