otter trawl | pukat tunda berpapan | Sains Marin | Tiada | Pukat tunda yang bukaan mendatarnya dikekalkan oleh papan tunda. Pukat tunda berpapan mempunyai badan berbentuk kon yang biasanya terdiri daripada empat panel dengan satu keroncong pada hujungnya. Bukaan mendatar mulut pukat dikekalkan dengan adanya papan tunda pada kiri dan kanan pukat sementara bukaan menegak dikekalkan dengan adanya pelampung pada bahagian atas dan pemberat pada bahagian bawah bukaan mulut pukat tersebut. |
idle port | liang pelahu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bukaan ke dalam ruang pendikit karburetor yang digunakan oleh sistem pelahu untuk mengalirkan bahan api ke luar. Bukaan liang ini dikawal oleh skru campuran melahu. |
effusion | efusi | Kimia | Kimia Analisis | Pengeluaran gas di bawah tekanan melalui suatu bukaan. Kadar pengeluaran ini (efusi) berkadar terus kepada luas bukaan itu. Kadar efusi relatif gas-gas adalah berkadar songsang kepada punca ganda dua berat molekul masing-masing. Asas ini digunakan secara amalinya untuk menyelidik tekanan wap rendah dan berat molekul gas-gas. Alatan yang digunakan untuk tujuan ini disebut Knudsen. |
beam trawl | pukat tunda galang | Sains Marin | Tiada | Sejenis pukat tunda yang mempunyai galang bagi mengekalkan pukat dalam keadaan terbuka dan berbentuk kon dengan satu keroncong pada hujungnya. Bukaan mendatar pada mulut pukat dikekalkan dengan adanya galang melintang sementara bukaan menegak dikekalkan dengan adanya dua gelung logam di kiri dan kanan mulut pukat tersebut. Galang dibuat daripada kayu atau logam dan panjangnya mencapai sehingga 12 m. |
idle solenoid | solenoid pelahu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pelocok yang beroperasi secara elektrik atau berelektromag- net, yang digunakan untuk melaraskan injap pendikit yang ditentukan semasa operasi melahu. Alat ini beroperasi dengan cara melaras bukaan injap pendikit yang sesuai untuk kelajuan melahu tertentu dan menutup bukaan tersebut apabila enjin dimatikan. |
pupil | pupil | Sains Kesihatan | Tiada | Bukaan pada iris untuk laluan cahaya ke retina. |
slit | celahan | Kimia | Kimia Analisis | Bukaan kecil dan memanjang yang membenarkan cahaya, sinaran dan aliran zarah-zarah masuk dan keluar melaluinya. Celahan biasanya merupakan sebahagian daripada monokromator. |
anastomosis | anastomosis | Kejururawatan | Tiada | Percantuman bukaan atau dua organ atau ruang-ruang berasingan secara pembedahan atau patologi. |
fanlight | jendela cahaya | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bukaan separuh bulatan atau separuh bujur (seperti kipas) yang terdapat di atas pintu atau tingkap. Jendela cahaya biasanya terdapat pada rumah kediaman era Georgian dan Regency. |
niche | nic | Kesenian | Hiasan Dalaman | Suatu bukaan kecil di dinding yang ditinggikan dari aras lantai. Nic berfungsi sebagai ruang pameran untuk barangan hiasan bagi menimbulkan kesan mewah dan bernilai seni. |