fixed deposit | deposit tetap | Ekonomi | Tiada | Deposit dalam institusi kewangan tertentu seperti bank perdagangan dan bank tabungan yang mempunyai tempoh simpanan tertentu seperti sebulan, tiga bulan, enam bulan, sembilan bulan, dua belas bulan, atau lebih daripada setahun. Deposit minimum yang diperlukan oleh institusi kewangan di Malaysia ialah RM500. Kalau faedah simpanan berbeza mengikut tempoh matang. Jika simpanan hendak dikeluarkan sebelum tempoh matang, faedah simpanan mungkin tidak didapati atau dikira mengikut jangka yang lebih pendek yang memenuhi syarat. Sinonim deposit bermasa. |
full moon | bulan purnama | Perikanan | Akuakultur | Bulan penuh, iaitu pada pertengahan bulan antara 14 – 15 hari bulan dalam kalendar lunar. Pada waktu ini, keseluruhan bulan dapat dilihat dari bumi. |
month-to-month tenancy | penyewaan bulan ke bulan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
month-to-month tenancy | penyewaan bulan ke bulan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
supermoon | bulan perigi (périgi) | Astronomi | Tiada | Bulan penuh yang berlaku berhampiran atau pada masa bulan berada pada titik terdekat dalam orbitnya ketika mengelilingi Bumi. |
premium transfer | pemindahan premium | insurans | Tiada | Kaedah yang digunakan di Lloyds untuk risiko yang diinsuranskan melebihi 12 bulan. Premium selepas 12 bulan daripada sindiket asal akan dibayar kepada sindiket pengganti untuk tahun seterusnya. Pemindahan ini dianggap sebagai urusan dalaman. |
new moon | anak bulan | Perikanan | Akuakultur | Bulan baru muncul, iaitu fasa pertama lunar. Kebiasaannya ikan akan memulakan proses pembiakan pada waktu ini. Gonad akan berada dalam fasa matang untuk membiak. |
policy year experience | pengalaman tahun polisi | insurans | Tiada | Kiraan premium dan kerugian untuk setiap 12 bulan bagi setiap polisi yang berkuat kuasa. Kerugian yang berlaku semasa 12 bulan akan dicatatkan pada waktu itu walaupun pembayaran dibuat pada masa akan datang. |
high tide | air pasang | Sains Marin | Tiada | Keadaan air laut ketika berada pada tahap aras air tertinggi yang disebabkan oleh pengaruh daya graviti bulan dan matahari. Air pasang terbahagi kepada dua jenis, iaitu air pasang biasa dan air pasang tinggi. Air pasang biasa terjadi apabila kedudukan bulan atau matahari berada sejajar kedudukannya dengan bumi, manakala air pasang tinggi berlaku apabila kedudukan bumi adalah sejajar dengan bulan dan matahari. Banding air surut. |
post-traumatic stress disorder | kecelaruan tekanan pascatrauma | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Reaksi tekanan atau gangguan psikologi tertangguh yang muncul beberapa bulan atau tahun selepas sesuatu kejadian buruk sehingga mengganggu kesejahteraan individu tersebut. Contohnya, individu yang pernah mengalami kejadian traumatik seperti peperangan, rogol, keganasan atau penyeksaan akan mengalami semula tekanan selepas beberapa bulan atau tahun. |