new historicism | historisisme baru | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang mengkaji karya dalam konteks sejarah dan politiknya. Kaedah ini merupakan usaha untuk membangkitkan semula kecenderungan mengaitkan karya dengan sejarah, yang diamalkan sebelumnya dengan kaedah historisisme. Kebangkitan semula ini adalah sebagai reaksi kepada kecenderungan untuk mengetepikan faktor sejarah dengan kaedah kritikan yang muncul selepas historisisme, seperti Kritikan Baru dan formalisme. Historisisme baru berbeza dengan yang lama dari segi pendiriannya yang tidak menerima bulat-bulat segala fakta sejarah, bahkan mempersoalkan kewibawaannya sebagai perakam sejarah yang objektif. Malah,wacana sejarah dan sastera dianggap sama tarafnya dengan wacana lain dalam bidang ilmu seperti sains, psikologi, dan komunikasi. Kaedah historisme baru menganggap semua jenis wacana yang berlegar di sekitar zaman penulisan sesebuah karya itu mempengaruhi ideologi yang terdapat dalam karya tersebut. Antara ahli teori yang mengutarakan kaedah ini ialah H. White, S Greenblatt dan F. Jameson. Lihat juga formalisme. |
intentional fallacy | kekeliruan hasrat | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang dizahirkan oleh pengarang berhubung dengan tanggapan, kekeliruan serta pemahamannya terhadap makna teks. Tanggapan ini terbit daripada amalan kritikan biografi yang terlalu bergantung pada data biografi pengarang untuk mengupas makna teks. Istilah ini diperkenalkan oleh W.K. Wimsatt dan M.C. Beardsley pada tahun 1946. Mereka berpendapat bahawa niat pengarang, sama ada dinyatakan secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan, adalah tidak relevan untuk pentafsiran teks. Hal ini demikian kerana makna terletak pada teks yang telah dihasilkan dan menjadi milik khalayak. Walau bagaimanapun, konsep ini dirumus semula untuk membenarkan penggunaan maklumat tentang niat pengarang dalam menginterpretasikan teks, khususnya dalam kes-kes tertentu. Contohnya, niat pengarang yang terserlah dalam prakata teks, surat, dan lain-lain yang akur dengan makna teks. Sebaliknya, niat pengarang yang tidak akur dengan makna teks diketepikan dan kaedah alternatif digunakan sebagai ganti. Pada zaman pasca-Freud, hasrat penulis menimbulkan syak wasangka kerana konsep bawah sedar memainkan peranan yang penting dalam penghasilan teks. Oleh sebab itu, pembaca tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang dihasratkan penulis, tetapi mereka perlu mencari makna teks berdasarkan pemahaman dan tafsiran mereka sendiri. |
dowel | pasak kayu bulat | Kesenian | Hiasan Dalaman | 1. Kayu kecil berbentuk bulat yang digunakan sebagai pengikat pada dua bahagian kayu. 2. Kayu panjang berbentuk bulat yang digunakan dalam pembuatan perabot. |
roundabout | bulatan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Persimpangan searas yang menggunakan konsep pergerakan trafik searah mengelilingi pulau (binaan) berbentuk bulat atau seakan-akan bulat dan mengikut prinsip memberi keutamaan. |
bamboo splitter | pembelah buluh | Buluh | Tiada | Alat untuk membelah buluh bulat yang terdiri daripada pelbagai tatabentuk seperti empat, enam dan lapan. Contohnya, tatabentuk empat digunakan untuk membelah buluh bulat kepada empat bahagian dan tatabentuk enam digunakan untuk membelah buluh bulat kepada enam bahagian. |
O-neck/round neck | leher bulat | Fesyen | Tiada | Bahagian leher baju yang berbentuk bulat. |
Boucherie method | kaedah Boucherie | Buluh | Tiada | Kaedah mengawet buluh bulat menggunakan mekanisme gantian sap buluh dengan bahan pengawet. Pengawetan buluh menggunakan kaedah ini dilaksanakan dengan memasang cawan penyedut udara pada salah satu hujung buluh bulat. |
round table | meja bulat | Pendidikan | Tiada | Tiada |
slip circle | gelinciran bulat | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
cylinder | silinder | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Ruang bulat dalam blok enjin yang menempatkan omboh. Dalam ruang ini, omboh bergerak secara salingan, kesan dari- pada proses pembakaran. Lubang ini dicirikan oleh diameternya yang menentukan sesaran enjin. |