Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.mi] | بومي

Definisi : 1. planet tempat kita tinggal, yg ketiga jauhnya dr matahari, dunia: edaran ~ yg mengakibatkan angin tergelencong; bulan mengedari ~; 2. permukaan bumi, tanah: mereka hidup di ~ Melaka; ~ berputar, zaman beredar a) masa berjalan terus; b) keadaan selalu berubah menurut masa; B~ Kenyalang panggilan bagi negeri Sarawak; ilmu ~ Id ilmu alam; di mana ~ dipijak, di situ langit dijunjung prb mematuhi peraturan dll tempat yg didiami; ~ mana yg tiada kena hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (kesalahan); bagai ~ dgn langit prb sangat berbeza (tabiat dll); biar pecah perut, ~ merekah prb menyatakan tidak mahu melakukan sesuatu; jadi ~ langit prb orang yg diharapkan pertolongannya dan dituruti nasihatnya; sebesar-besar ~, ditampar tak kena prb betapa mudah nampaknya sesuatu perkara, tetapi tiada teruruskan juga;membumi ark mendiami salah satu tempat;membumikan (Fiz) memasukkan (dawai elektrik dll) ke dlm bumi;mengebumikan menanam, menguburkan: jenazahnya telah selamat dikebumikan sebelum sembahyang Jumaat;pengebumian perihal atau perbuatan mengebumikan, penguburan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.mi] | بومي

Definisi : 1 dunia sbg imbangan langit; dunia yg bulat tempat kediaman kita: ~ bergerak mengelilingi matahari. 2 tanah tempat kita berpijak: Terlalu pantasnya Hang Tuah mengelakkan tikaman musuh itu seakan-akan tidak menjejak ~. ~ istana tanah tumpah darah. ~ rata penghancuran binaan, bangunan dsb dan kemudian meratakannya dgn tanah. membumi 1 menetap di sesuatu tempat. 2 menuju ke bumi. 3 masuk ke bumi (ttg dawai atau arus elektrik). membumikan memasukkan ke dlm bumi (ttg dawai atau arus elektrik). ke bumi; mengebumikan menanam mayat ke dlm kubur; menguburkan. pengebumian perbuatan atau hal mengebumikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bumi

Puisi
 

Tetak buluh dibuat pagar,
     Mari diikat dengan rotan;
Gunung runtuh bumi bergegar,
     Gempa tidak kiamat pun bukan.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Bumi mana yang tidak kena hujan?

Bermaksud :

Tiap-tiap orang ada kalanya berbuat salah.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bumigroundKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahagian litar elektrik yang disambung pada rangka, enjin, badan kenderaan atau terminal negatif bateri.
cathode followerpengikut katodFizikTiadaLitar yang terdiri daripada tiub vakum yang grid kawalan dan bumi untuk sambungan isyarat masukan, dan katod dan bumi untuk sambungan beban amplifier bumi-anod. Gambar rajah m/s 73
earthquake insuranceinsurans gempa bumiinsuransTiadaInsurans yang melindungi kerugian akibat gempa bumi sebagaimana yang ditakrifkan dalam kontrak.
marine ecosystemekosistem marinSains MarinTiadaEkosistem akuatik bumi yang paling besar meliputi dua pertiga permukaan bumi. Ekosistem marin merangkumi semua jenis ekosistem di laut, termasuk ekosistem rawang, ekosistem pantai, ekosistem bakau, ekosistem terumbu karang, ekosistem laut dalam dan sebagainya.
direct damage earthquake insuranceinsurans gempa bumi kerosakan langsunginsuransTiadaPerlindungan insurans untuk sebahagian atau keseluruhan deduktibel yang biasanya terdapat dalam polisi insurans gempa bumi.
seismic wavegelombang seismosSains MarinTiadaGelombang tenaga yang bergerak melalui lapisan bumi yang terhasil daripada gempa bumi, letusan gunung berapi, pergerakan magma, tanah longsor yang besar dan juga letupan yang dilakukan oleh manusia yang memberikan tenaga bunyi pada frekuensi rendah.
landscape resourcessumber jaya landskapPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaCiri-ciri yang membentuk sesuatu rupa bumi seperti pemandangan, tumbuhan (flora), fauna, dan bentuk muka bumi.
geoidgeoidSains MarinTiadaBentuk bumi yang dianggap sebagai min permukaan aras laut yang diunjur berterusan merentasi benua atau sebagai sebuah permukaan tak selanjar yang lebih rendah daripada permukaan sferoid di bawah lautan, tetapi lebih tinggi di bawah benua. Geoid juga dipengaruhi oleh graviti dan putaran bumi, dan juga faktor lain seperti angin dan pasang surut.
ca!ligrammepuisi lakarKesusasteraanPuisiPuisi yang mrnonjolkan huruf, frasa atau kalimat yang mirip atau menyerupai sesuatu idea atau pemikiran yang hendak disampaikan. Baris-baris dalam puisi ini berbentuk geometri seperti empat segi, bujur, bulat dan piramid. Contohnya, dalam puisi ''Bumi Hijau" dalam kumpulan Bumi Hijau karya Suhaimi Haji Muhammad. Sinonim kaligram.
alkaline earthbumi beralkaliKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas