ceiling | siling | Meteorologi | Tiada | 1. Ketinggian satu titik tertentu pada dasar awan terendah dari permukaan bumi yang jumlah awannya melebihi nilai tertentu. Siling juga disebut ketinggian dasar awan. 2. Ketinggian maksimum yang dapat dicapai oleh sesuatu objek, seperti belon, roket, pesawat udara, dan projektil yang berada di udara. |
pollutant | pencemar | Farmasi | Tiada | 1. Sesuatu yang mencemarkan.,2. Sebarang bahan kimia yang beracun dan bahan-bahan buangan yang merosak ketulenan air, bumi/tanah atau atmosfera. |
silicon | silikon | Fizik | Nanoteknologi | Unsur kimia bukan logam, formula kimia, Si, dengan ciri nombor atom 14, valensi 4, berat atom 28.086, suhu lebur 1,410�C, suhu didih 2,355�C dan ketumpatan graviti 2.33. Unsur ini banyak terdapat pada kerak bumi dalam batu dan pasir sebagai sebatian silikon dioksida (SiO2). Bahan silikon tulen boleh berbentuk hablur dan amorfus. Bahan ini bersifat semikonduktor dan digunakan secara meluas dalam pembuatan peranti elektronik, seperti cip komputer, transistor dan diod. Sifat semikonduktor silikon dapat diubah melalui proses pengedopan dengan boron, fosforus atau arsenik. |
septet | septet | Kesusasteraan | Puisi | Nama bentuk puisi, iaitu rangkap-rangkap puisi yang semuanya terdiri daripada tujuh baris. Contohnya, puisi "Dada Merah Jingga" karya Baha Zain. Cempaka tak bernama gugur di bumi ini waktu hari ayun-temayun dalam musim dukarasa kerana telah lama menunggu setia dari gunung yang turun dengan sumpahnya. (R:1, 7 baris) (R:2, 7 baris) (R:3, 7 baris) |
heptastich | saptabaris | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi tujuh baris serangkap tetapi tidak dalam semua rangkapnya. Contohnya. puisi "Pada Setiap Kali Kau Tiba. Ogos" karya Kemala yang hanya rangkap pertama sahaja mengandungi tujuh baris. Pada setiap kali kau tiba, Ogos bumi dan hati ini melapangkan ruang buat kata hikmah harga diri awan hitam semalam awan hitam belenggu terbenam di kaki hari. (R:1, 7 baris) (R:2, 12 baris) (R:3, 9 baris) |