round character | watak bundar | Kesusasteraan | Tiada | Watak yang diterbalikkan daripada watak pipih dalam naratif atau drama. Watak ini dibekalkan dengan sifat serta ciri yang tersendiri, diubah dan merubah keadaan di sekelilingnya, serta berkembang sejajar dengan perkembangan cerita. Watak jenis ini dianggap dinamik, justeru sering digunakan untuk memaparkan protagonis atau watak utama yang lain dalam karya moden. Istilah ini digunakan oleh pengkritik Inggeris E.M. Forster dalam bukunya bertajuk Aspects of the Novel. Lihat juga burlesque, tipa, watak pipih. |
round character | watak bundar | Kesusasteraan | Tiada | Pelaku dalam karya sastera yang memiliki personaliti kehidupan manusia, meliputi aspek pemikiran dan kejiwaan. |
foil | watak lawan | Kesusasteraan | Tiada | Watak yang ditonjolkan secara kontra bagi menyerlahkan sifat, ciri atau aksi yang bertentangan pada watak protagonis (watak utama dalam sesuatu cerita). Watak ini digunakan dalam naratif atau drama. Contohnya, watak pasif akan menyebabkan sifat dinamik watak aktif lebih nyata dan ketara. Lihat juga watak bundar, watak pipih. |
flat character | watak pipih | Kesusasteraan | Tiada | Watak yang tidak mengalami sebarang perubahan di sepanjang cerita. Watak pipih merujuk kepada dua watak yang berbeza yang terdapat dalam naratif atau drama. Watak ini biasanya wujud apabila pengarang lebih menekankan sesuatu sifat tertentu watak tersebut tanpa menyerlahkan ciri khusus yang membezakannya dengan watak lain. Watak pipih dianggap watak statik dan sering dikenali sebagai tipa. Lihat juga tipa, watak bundar. |