ball flower | bunga bebola | Kesenian | Hiasan Dalaman | Unsur hiasan dalam seni bina yang terdiri daripada bentuk seakan-akan bola yang terletak di antara kelopak bunga. Bunga bebola mula digunakan pada akhir abad ke-13 dan menjadi terkenal pada awal abad ke-14. Bunga bebola ini juga boleh disusun pada jarak yang sama dalam satu barisan dalam ruang ukiran yang biasanya di sebelah bingkai tegak. |
flower | bunga | Herba | Tiada | Organ pembiakan dalam tumbuhan angiosperma yang terdiri daripada sepal, petal, stamen dan/atau pistil. Bunga atau jambak bunga utuh dalam bentuk kering atau segar digunakan sebagai bahan mentah herba selepas dikisar atau diserbukkan. Contohnya, bunga rozel, bunga cengkih dan bunga pakma. |
haplology | susut bunyi | Kesusasteraan | Puisi | Pemilihan dan penggunaan diksi dalam proses penciptaan sesebuah puisi yang mengurangkan sesuatu bunyi atau suku kata. Contohnya, perkataan daun-daun disingkatkan menjadi dedaun, bunga-bunga menjadi bebunga dan jari-jari menjadi jejari. Sinonim haplologi. |
baroque | barok | Kesusasteraan | Puisi | Gaya dalam pengucapan seni sastera termasuk puisi dan bentuk� bentuk seni seperti seni rupa, seni bina dan seni muzik. Biasanya puisi yang dicipta pada zaman barok ini disarati bunga-bunga bahasa anafora, hiperbola dan metafora. Cara pemaparannya meleret-leret dan berlebih-lebihan. Gaya pengucapan dan penampilan barok mencapai tahap kegemilangannya pada abad ke-17 dan ke-18 di Eropah. |
receptacle | penyangga; kerandut; bekas; pudung (bunga) | Biologi | Tiada | 1. Organ yang digunakan sebagai repositori.,2. Pedunkel jambak bunga rasemos.,3. Titik atau tempat terbentuknya organ bunga bagi seleuntum bunga.,4. Talamus, torus, paksi bunga.,5. Hujung cabang talus yang telah berubah suai mengandung konseptakel pada alga atau soredium pada liken.,6. Piknidium,7. Sparofor,8. Ceper terminal lumut. |
dominant impression | kesan utama | Kesusasteraan | Puisi | Kesan terpenting yang dirasakan selepas pembacaan sesebuah puisi. Kesan puisi ini boleh menggores perasaan tentang kekejaman yang berakhir dengan kematian. Contohnya, puisi "Bunga Popi" karya Usman Awang. Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan, Bunga darah merah menyimbah, penuh kengerian, Kami benci pada perang penuh pembunuhan ! Kami rindu pada damai sepanjang zaman! |
spark test | ujian bunga api | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pemeriksaan sistem pencucuh, dengan menggunakan alat uji bunga api untuk menentukan sama ada bunga api terhadi atau tidak pada palam pencucuh. |
flush | sama bunga (terup) | Sukan | Tiada | Lima kad terup yang sama bunga dengan susunan tidak berurutan. |
inflorescence abnormalities | keabnormalan jambak bunga | Pertanian | Tiada | Kehadiran jambak bunga androginus dalam klon sawit Elaeis guineensis. |
spark duration | tempoh bunga api | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tempoh masa terjadinya bunga api merentasi ruang lega palam pencucuh. |