Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bun.ting] | بونتيڠ

Definisi : 1. mengandung (biasanya dipakai utk binatang), hamil: kambing itu sudah ~; 2. batang padi menjadi bengkak kerana buahnya hendak keluar: patah dua tiga batang, pokok padi tengah ~; ~ bantang (besar) bunting yg sudah besar; ~ harimau (orang yg suka) marah-marah semasa bunting; ~ jolong mengandung utk pertama kali; ~ kecil bunting yg masih kecil; ~ kerbau bunting yg lamanya lebih drpd sembilan bulan; ~ padi peri kecantikan betis perempuan; ~ pelamin mengandung pd bulan pertama berkahwin; ~ sarat (tua) bunting sudah genap bulan;membunting menjadi (nampak) bunting: betisnya ~ padi;membuntingi menyebabkan bunting, menghamili, menghamilkan: ia telah ~ gadis itu;membuntingkan 1. sedang mengandung (di dlm perut): pd masa itulah makmu ~ engkau; 2. menyebabkan bunting, membuntingi: siapa yg telah ~ kau?buntingan kandungan; pembuntingan proses (perbuatan) membuntingkan anak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bun.ting] | بونتيڠ

Definisi : 1 dlm keadaan mengandung anak kecil dlm rahim (biasanya digunakan utk binatang); terdapat anak yg masih kecil di dlm rahim: Kambing yg dibeli drpd Pak Ngah Ali dahulu itu sudah ~. 2 sudah berisi bakal buah atau bakal bunga pd tumbuh-tumbuhan: Padinya sudah ~. ~ bantang (besar) bunting yg sudah besar dan hampir akan melahirkan anak. ~ kecil bunting yg masih kecil. ~ kerbau bunting yg lamanya lebih drpd 9 bulan. ~ padi bentuk betis yg cantik sekali. ~ pelamin mengandung dlm bulan pertama perkahwinannya (bkn wanita). ~ sarat (tua) bunting yg sudah genap tempohnya. ~ sulung bunting yg pertama kali. membuntingi menyebabkan jadi bunting; menghamili: Pemuda yg ~ gadis itu telah ditahan oleh pihak yg berkuasa. membuntingkan sedang mengandung (anak); mengandungkan: Sewaktu ~ engkau dulu, emak selalu saja sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunting

Puisi
 

Turun ke sawah memikul bajak,
     Hendak menyemai bunting padi;
Sudah terpijak bumi Allah,
     Di situ tempat berakhir janji.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai si mandul mendapat anak.

Bermaksud :

Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai perempuan bunting bertemu idamannya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pseudopregnancybunting palsuPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan betina yang menunjukkan tanda seakan-akan bunting seperti pembesaran di bahagian abdomen. Bunting palsu berpunca daripada korpus luteum yang tidak rosot dan kekal merembeskan hormon progesteron. Bunting palsu kadang kala berlaku pada kambing, biri-biri dan anjing.
pregnantbuntingPenternakanGenetik dan PembiakbakaanLihat kebuntingan
uterusuterusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSebahagian daripada organ pembiakan haiwan betina dan merupakan tempat tumbesaran fetus semasa bunting. Dalam haiwan, terdapat pelbagai bentuk uterus sama ada uterus simpleks seperti dalam primat atau uterus dupleks seperti dalam ruminan.
conception ratekadar konsepsiPenternakanGenetik dan PembiakbakaanUkuran kesuburan seekor induk betina semasa pengawanan. Pengiraan kadar konsepsi dibuat berpandukan bilangan induk bunting berbanding dengan jumlah bilangan yang dikawankan. Kadar konsepsi yang baik pada lembu adalah melebihi 55%.
prolonged gestationkebuntingan berpanjanganPenternakanGenetik dan PembiakbakaanTempoh kebuntingan yang melebihi jangka masa yang normal. Kebuntingan berpanjangan sering dikaitkan dengan komplikasi pada fetus dan ibu semasa bunting.
progesteroneprogesteronPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHormon yang dirembeskan oleh korpus luteum pada ovari. Hormon ini dirembeskan semasa fasa luteum pada peringkat kitaran estrus atau ketika haiwan berada dalam keadaan bunting. Fungsi utama progesteron adalah untuk mengekalkan kebuntingan.
pregnancykebuntinganPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPeringkat haiwan berada dalam suatu tempoh selepas persenyawaan antara sperma dengan ovum sehingga kelahiran. Tempoh kebuntingan berbeza-beza mengikut spesies. Contoh kebuntingan bagi lembu ialah 285 hari, kuda 330 hari dan kucing 63 hari. Sinonim bunting.
free floating planttumbuhan terapung bebasPerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan yang mempunyai akar terapung di dalam air dan tidak berada di dalam tanah atau dasar kawasan berair. Tumbuh-tumbuhan ini boleh bergerak bebas di dalam air dan boleh berpindah mengikut arus atau tiupan angin. Contoh tumbuhan terapung bebas ialah keladi bunting, kubis air dan kiambang

Kembali ke atas